klik sekali~

Saturday, July 16, 2011

Resepi Udang Lipan @ Laka.

assalammualaikum & hi~ 


korang penah makan udang lipan tak? aku penah citer kat SINI pasal mee kari udang lipan. sedap dan kuah mee agak manis. bukan manis gula tapi manis udang lipan tu. 



 


gambar kat atas ni rupa mee kari udang lipan tu. banyak orang kedai tu letak udang lipan. puas anak cucu cicit tekak dan perut separa slim ni makan :')



 


bagi yang tak pernah tengok udang lipan secara live, tengok lah kat gambar atas ni. errr..ada macam lipan ke? sampai udang ni dapat gelaran udang lipan?? ermmm..




memandangkan aku tak tau resepi kejayaan mee kari udang kat atas tu jadi mak aku suruh masak rebus je. udang lipan ni abang ipar aku yang tangkap. eh. bukan tangkap, tapi udang lipan ni tersesat dalam jaring masa abang aku pasang jaring kat laut. 


sebelum masak, korang kene gunting kepala dan ekor udang lipan tu. pastu potong bahagian tepi badan udang lipan tu supaya bila makan nanti senang nak bukak kulit dia *macam gambar kat atas* 


 


gambar kat atas ni pulak rupa dia dah masak. ala, masak main campak - campak je. tapi sedap sebab keasliannya masih segar terasa. tak caya meh kita cuba try test dengan resepi ni. 


bahan - bahan :

semangkuk udang lipan. 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sebatang serai (err..betul lah kut istilah sebatang?)
sedikit air.
2 biji cili kering (dipotong pendek)
garam dan serbuk perasa secukup rasa. 

cara membuatnya:

rebus air hingga mendidih. masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering. perasakan dengan garam dan serbuk perasa. sesudah itu baru masukkan udang lipan dan biarkan sehingga udang masak.

siap! selamat mencuba. bye~


p/s - menaip entry sambil dodoikan anak buah. dah nampak kan ciri - ciri seorang keibuan?? teehee~








8 comments:

Cik Ezy said...

terliur tgok..
sedapnyeee!

SoLy SoLicious said...

siyes..ni 1st time dgr n nengok udang lipan... xpenah tahu pun

Kathy Tuah said...

cik ezy - mee kari udang lipan tu memang sedap..yang sy masak tu biasa2 je rasa dia :')


soly solicious - ye ke? ada lah.. nnti jumpa awk try lah ye ^_^

fyezah hasbullah said...

wahhh .. sedapnya .. mama fyezah selalu masak goreng jer udang lipan nieh .. hikhikhikhik

Kathy Tuah said...

ye ke? boleh lah akak try goreng je nanti ^^,

dentistvschef said...

pretty damn delish looking mantis prawn!
simply drolling me!

dearly kate said...

seumur hidup baru sekali nampak udang lipan jual kat pasar malm.try lah beli.balik rumh xtau nak masak apa..rebus je dgn bawang putihh..ahha tp hancur ler isi dia..

maz asraf said...

Sedapnya mi kari udang lipan. Rasa udang ni mmg manis. Rebustu pun nmpk sedap juga. Br 1st time try masak butter prawn udang ni mmg rs manis.

Jom ikuti blog saya:
healthyglowing13.blogspot.com