Posts

Showing posts from April, 2014

Bawa Kucing Jalan - Jalan Di Cameron Highland

Image
Assalammualaikum. 

Anak buah aku ada sini, jadi bawalah dia jalan - jalan dekat Cameron Highland walaupun sebelum ni dia dah pernah pergi. Ipoh je pun kan, bukannya jauh mana. Lagipun bukan aku yang drive ;D Memandangkan aku dengan 'dia' dah berhajat nak bawak Dian dan Gege naik Cameron, jadi kita orang pun bawaklah budak dorang tu sekali. 

Oh ye, Dian dengan Gege tu kucing okey. Jangan kau fikir manusia pulak T_T Mesti ada yang cakap, "dah kenapa nak bawak kucing sekali? kucing kut..bukannya manusia yang tau erti jalan2" 

Hey - hey! Kalau nak tahu Dian dengan Gege ni dah sampai Melaka okey. Taiping. Teluk Intan. Kuala Selangor. Nasib baik nak bawak naik 'belon' banyak sangat prosedurnya kalau tak mahu jugak aku bawak balik Kuching ;p


Dian dengan anak buah aku Iena :) Masa ni Dian cool je. Tak menggeletar walaupun sejuk. 


Beginilah, Dian dengan Gege ni kucing indoor walaupun asalnya kucing liar. Rumah aku ni rumah flat. Boleh tahan jugak tingginya. Jadi meman…

Resepi Lempeng Pekak.

Image
Assalammualaikum..
Semalam buat kari telur ikan tapi sampai hari ni ada lebihan kari tu. Nak makan dengan nasik, semalam dah makan dengan nasik. Fikir punya fikir, maka terjadilah lempeng pekak. Sebenarnya baru aku tahu nama lempeng ni lempeng pekak sebab selalu aku sebut lempeng je. Hehe. Itu pun tahu daripada blog Cik Mat Gebu. Kiranya idea buat lempeng ni dapat daripada blog dialah. Nak tahu detail tentang resepi ni, klik SINI :)

Yang kat bawah ni cara aku buatlah. Dah letak kat FB dengan Istagram sebenarnya, jadi kopipes je yang kat FB dan letak sini ^^

Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air (agak2), 1 biji telur & secubit garam dalam blender. Blend sampai sebati. Tapis. Panaskan kuali. Oles sikit minyak dan tuang adunan tadi dan buat macam buat kuih lenggang/ketayap. Bila bahagian bawah dah nampak macam dah masak, terbalikkan dgn penuh kasih sayang. Biar sehingga sedikit keperangan. Angkat. Dan lakukan kaedah yg sama sampai adunan habis. Siap!





Lempeng pekak ni sed…