Resepi Lempeng Pekak.

Assalammualaikum..

Semalam buat kari telur ikan tapi sampai hari ni ada lebihan kari tu. Nak makan dengan nasik, semalam dah makan dengan nasik. Fikir punya fikir, maka terjadilah lempeng pekak. Sebenarnya baru aku tahu nama lempeng ni lempeng pekak sebab selalu aku sebut lempeng je. Hehe. Itu pun tahu daripada blog Cik Mat Gebu. Kiranya idea buat lempeng ni dapat daripada blog dialah. Nak tahu detail tentang resepi ni, klik SINI :)


Yang kat bawah ni cara aku buatlah. Dah letak kat FB dengan Istagram sebenarnya, jadi kopipes je yang kat FB dan letak sini ^^


Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air (agak2), 1 biji telur & secubit garam dalam blender. Blend sampai sebati. Tapis. Panaskan kuali. Oles sikit minyak dan tuang adunan tadi dan buat macam buat kuih lenggang/ketayap. Bila bahagian bawah dah nampak macam dah masak, terbalikkan dgn penuh kasih sayang. Biar sehingga sedikit keperangan. Angkat. Dan lakukan kaedah yg sama sampai adunan habis. Siap!





Lempeng pekak ni sedap dimakan dengan sambal sardin atau yang sama waktu dengannya. Dalam gambar, sambal sardin & kari telur ikan 'jan'.


Selamat mencuba!


p/s - susah benar nak dapat telur ikan jan sekarang nikan..


Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.