klik sekali~

Saturday, August 9, 2014

Cerita Raya Di Pagi Raya (2014)

 Assalammualaikum~


Raya tahun ni special sikit. Yalah, raya sebagai isteri orang. Tapi sebenarnya sama je. Kalau pergi rumah orang dapat duit raya ke, dapat tajaan bulan madu ke 'landen' ke, okey jugakkan? Amboi demand! ;D Kalau tahun lepas soalan cepu emas bertakhta perak yang paling popular adalah, 


"bila nak kahwin ni?" soalnya dengan nada macam nak makan penampar. TAPI, tahun ini soalan agak advanced sikit. Ia berbunyi begini; 


"dah ada isi ke?" ajunya sambil pandang perut buncetku T_T Leklu. Aku baru dua bulan kawen kut? Inai di jari masih ada lagi ni. Kang aku ekspress sangat bagi anak kang ada pulak yang bukak channel atsrokk bawah tanah. Heh! 


Tapi tak apalah~ moga - moga pertanyaan itu menjadi satu doa. Aku memang nak dapat anak secepat yang mungkin. Encik suami pun sama. Ehem~ Okey2. Bukak topik lain--baiklah. Kita tengok gambar sepanjang pagi raya. 








Seperti tahun - tahun sudah, permulaan pagi dimulakan dengan solat raya dan selepas itu bersalaman dengan ahli keluarga. Semuanya abang - abang dan kakak aku bawak ahli keluarga masing - masing untuk menghadap encik bapak. Sambil salam, sambil gambar. Sambil tu jugak makan. Melampau tau! 







Masa ni tunggu turn bersalam dengan encik bapak dan puan emak. Tahun ni family abang akil takde. So sunyi sikit. Tapi tetap meriah dengan gurau senda anak - anak buah aku. Mereka ni teruja nak dapat duit raya pun ;p 






Family abang amit. Kembar kepada abang akil. Tahun ni elok pulak perangai Fatihah (yang kecik tuuu) untuk bergambar sama. Kalau tidak, kau bawak dia bergaduh sekalipun belum tentu dia nak bergambar -.-'







Ini pulak family abang alim. Kakak ipar aku ni mengandung lagi. Dan insyaAllah dapat anak lelaki lagi ^^ memang boleh buat team bola sepak ni (^_~)V





Ini keluarga kakak aku. Merahnya mak ngah betul dorang tahun ni. Abang ipar aku seronoklah dah ada geng. Dah ada 'beras'--suami aku. Kalau dorang berdua berjumpa, mulalah sebut 'beras'. Macam2 T_T









Baru nampak muka pengantin baru. Barulah kan kalau masa raya pertama ni tak sampai dua bulan kahwin ponnn~ hiks! Motif bergambar dengan anak2 buah ni untuk ambik berkat dapat anak ramai. Gittew~ Family kita orang memang lebih kepada kaum adam jadi janganlah pelik kalau anak aku nanti ramai anak lelaki. Tapi kalau ikut sebelah encik suami, anak buah dia semua pempuan. Seimbanglah kan? :)








Ini abang dilah. Encik suami cakap ni TYT bagi duit raya. Hehe. Keluarga dorang pun merah ke pink tahun ni. Dan anak dia pulak si dania tak nak bergambar dengan gembira. Masam aje muka dia. Adalah yang dia merajuk pagi tu.. 








Cucu lelaki encik bapak dan puan emak. Masih ada yang tak ada dalam gambar. Harap2 tahun depan anak aku ada menyelit sekali kat situ. Eh? :')







Perasan tak baju raya kita orang sama dengan warna tema keluarga masa majlis akad nikah aku dulu? Masa aku cakap tema dark blue/navy blue untuk family aku, dorang terus decide buat untuk raya sekali. Yelah, majlis aku tu pun dah nak puasa, alang2 buat, buat untu raya sekali. Jimatttt~ 







Inilah adik - beradik kita orang :') abang akil je takde. Tahun depan insyaAllah aku beraya di Melaka pulak, jadi sesi bergambar kenalah buat lambat sikit. Awal buat planning hehehe~ lepas gambar dan salam, kita orang pergi rumah nenek. Jalan kaki je. 









Untung anak buah aku dapat jumpa nek atok dorang :') Harap nenek sempatlah jumpa cucu dia daripada aku pulak hihihi~ Nenek tinggal dengan anjang yang pakai tudung warna hijau tu.








Lepas rumah nenek, jalan ke rumah udak pulak. Encik suami semangatlah sebab rumah udak dengan rumah usu mesti ada makan2. Gambar atas ni menu rumah udak. Menu wajib, adalah itik! 








Inilah keluarga udak. Udak lelaki tu pakcik aku. Anak dia dua2 lelaki. Kan aku dah cakap, kita orang ni lebih kepada kaum adam hahaha~ Udak dengan isteri dia nilah yang masak masa kenduri aku dulu. Kalau sapa2 nak perkhidmatan mereka, bolehlah hubungi aku. Sempat promote. Eceh! 








Menu rumah usu pulak. Gambar keluarga usu takde pulak ambik. Yalah masing - masing sibuk nak makan. Tak kenyang lagi ke lepas makan rumah udak? *geleng kepala* 








Anak kakak aku ni, diam2 makan sorang dengan chopsticks! Kelas tak kelas makan rendang, keropok ikan dengan chopsticks? ;D 









Last sekali gambar saye dengan anak buah! Gambar berdua dengan encik suami tak banyak sebab encik suami yang pegang kamera. Raya - raya ni malaslah nak pegang tipon *padahal kau malas nak transfer gambar dalam tipon ke laptop* oh ye, budak ni budak yang palinggggggg banyak mulut. Tak padan diri masih kecik! Apa2 pun usu tetap sayang semua anak2 buah usu. Muahhhhh seketul~ 



Okeylah. Itu jelah nak cerita. Buat warga blogger, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kosong2 kayyyyy~