Posts

Showing posts from January, 2015

orang ketiga dalam sesebuah perhubungan

sebut orang ketiga, kita mesti fikir yang orang ketiga ni perempuan/lelaki lain yang wujud dalam sesebuah perhubungan. tapi kita sering lupa yang orang ketiga boleh wujud di kalangan keluarga, teman atau saudara mara kita. mungkin bunyinya macam krik-krik-krik je kan? ;tapi itulah realitinya. kadang2 sebab mulut ahli keluarga, teman atau saudara mara, kita dengan pasangan itu boleh bergaduh. tak caya? cuba fikir balik. tak banyak kali, sekali mesti ada :)

kisah tsunami. kisah banjir.

hari tu encik suami ada bawa dua orang pekerja indonesia. dari aceh. bila sebut aceh, mesti kita teringat dengan tsunami kan? dan dua orang pekerja itu daripada aceh dan tempat salah seorang daripada mereka kena tsunami. tapi alhamdulillah, dia dan keluarganya selamat sebab berlindung di atas gedong, yang macam shopping mall kalau tak silapkan? sekarang umur dia dah 20 tahun, jadi masa tsunami tu dia berumur 10 tahun. sekarang aceh dah cantik katanya. hikmah daripada apa yang berlaku. sebab tu kita selalu cakap, apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya :) 


itu tsunami. lain pula dengan kisah banjir di mana kenalan encik suami yang elok2 rumah tak kena banjir tapi boleh bawa anak bini balik kampung yang kena banjir. motifnya nak dapat bantuan. siap bagitau dekat tempat penempatan mangsa2 banjir makan 5 kali sehari, sedangkan kat rumah tak dapat pun makan sebanyak tu -.-' bila ada pak cik yang pergi ke kl, duduk rumah anaknya, sebab lari daripada banjir, dia boleh cakap RUGI! orang sa…

jiran yang bermasalah

Image
masuk 3 tahun stay rumah ni. daripada single sampailah double, alhamdulillah semuanya baik2 je sampailah di malam tahun baru. semalam. di mana jiran aku, err..sebenarnya rumah dia blok sebelah tapi berdepanlah dengan blok aku iaitu rumah aku telah buat bising tahap melampau sampai aku hampir nangis sebab tak dapat tidur :'( kau bayangkan blok yang aku duduk ni boleh terasa gegar speaker radio rumah dia, inikan pula penghuni yang satu blok dengan rumah tak ada kesedaran sivik tu! oh ye, aku tingkat 2. rumah buat bising tu ground floor. 

kalau siang, aku tak kisah. kalau sampai jam 12 tengah malam pun aku okey je tapi ini tak, dia mula tengah malam pastu bawa ke subuh. bila pagi yakni 1/1/15 tu aku beranggapan mungkin mereka celebrate new year. okey. positif. tapi malam tadi, lagi mereng otak aku dibuatnya bila mereka buat hal lagi. bila aku jenguk, siap berjoget lagi. ala2 clubbing gitu. cis! budak yang duduk rumah bujang yang satu blok dengan mereka ni tadi dah terjerit2 suruh di…

2015

Image
syukur ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di tahun baru ni :') tidak semua mampu sampai ke hari ini dan tidak semua mampu sampai di penghujung tahun 2015 nanti. ajal maut di tangan tuhan. siapa kita mahu menahan? 






azam? biarlah disimpan dan dipendam dalam diam. yang nyata, 2014 banyak azam tercapai. tapi ada juga hanya takat separuh jalan. tak apa. kita kayuh lagi perlahan - lahan. biar sampai. biar akhirnya dapat digapai :)