klik sekali~

Monday, January 5, 2015

kisah tsunami. kisah banjir.


hari tu encik suami ada bawa dua orang pekerja indonesia. dari aceh. bila sebut aceh, mesti kita teringat dengan tsunami kan? dan dua orang pekerja itu daripada aceh dan tempat salah seorang daripada mereka kena tsunami. tapi alhamdulillah, dia dan keluarganya selamat sebab berlindung di atas gedong, yang macam shopping mall kalau tak silapkan? sekarang umur dia dah 20 tahun, jadi masa tsunami tu dia berumur 10 tahun. sekarang aceh dah cantik katanya. hikmah daripada apa yang berlaku. sebab tu kita selalu cakap, apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya :) 



itu tsunami. lain pula dengan kisah banjir di mana kenalan encik suami yang elok2 rumah tak kena banjir tapi boleh bawa anak bini balik kampung yang kena banjir. motifnya nak dapat bantuan. siap bagitau dekat tempat penempatan mangsa2 banjir makan 5 kali sehari, sedangkan kat rumah tak dapat pun makan sebanyak tu -.-' bila ada pak cik yang pergi ke kl, duduk rumah anaknya, sebab lari daripada banjir, dia boleh cakap RUGI! orang sayang nyawa, bukan sayang perut saja! haii..pelik2 aje orang sekarangkan. yang begitu, jadi begini. yang begini, jadi begitu. hurm~

3 comments:

Nieda ramly said...

hebat org tu ....

Nieda ramly said...

hebat org tu ....

Ann Ishak said...

memang tak paham orang2 sekarang ni