Resepi Kek Epal.

assalammualaikum & hi~ 


setelah berjaya membuat kek tiramisu macam yang aku tulis kat SINI jadi aku pun makin teruja nak buat kek epal pulak. yelah, kita kan baru je berjinak - jinak nak belajar memasak , belajar buat kek, belajar jaga anak. eh, jaga anak pulak -.-'


jadi, di hujung minggu macam ni apa kata korang cuba try test kek epal ni. senang & sedap nak mamp*s!!  sebenarnya resepi asal dia kat SINI. *thanks yani ^_^ kek awak sedap!!*





ni la rupa kek epal buatan aku. nampak macam garing je kan? tapi..ada ke kek nampak garing? okay, abaikan! kek ni rasa ni tak manis sangat dan yang paling penting lembut (^_^)V





ni pulak rupa bahagian dalam kek epal tu. anak - anak buah bukan main suka makan. alhamdulillah. terasa bangga kejap bila diaorang puji. walaupun yang puji tu sekadar budak - budak T_T tapi orang cakap budak - budak ni lebih jujur kalau bercakap kan? 


tak mo cakap banyak, meh kita layan resepi dia.

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

  • 1 biji epal (saya guna epal merah)
  • 100g mentega-suhu bilik
  • 80g gula halus + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 100ml fresh cream/whipping cream (saya guna fresh milk)
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
  2. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
  4. Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

senangkan? ikut je step by step, insyaAllah menjadi. okaylah,bye!


p/s - teringin nak makan pucuk betik masak tumis =P~

Comments

man said…
mana lebih sedap...epal merah ke epal hijau.
Kathy Tuah said…
errr..sy x penah guna try epal hijau cz kat umah ada epal merah je ^^,
Lee-Yan-Naa said…
rajinnye awak buat kek..best2 :D
Kathy Tuah said…
err..x lah rajin mana pun..kdg2 je buat ^^,
Asyifa Mustaffa said…
nampak mudah dan senang dan sedap...must try nie...:)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.