Thursday, May 30, 2013

Jonker Walk, Melaka.

 Assalammualaikum..


Ke Melaka pulak. Kali ni ke Jonker Walk. Siapa yang pernah datang Melaka dia tahulah kut. Yang tak pernah datang mungkin tahu jugak sebab ramai yang updated pasal tempat ni.
Dekat tv pun selalu ada. Blog tempatan lagilah ada. Yang terbaru blog ni. Eh - eh - eh ;p






 Selamat datang ke Jonker Walk (^_^)
Jonker Walk ni tempat wajib aku pergi kalau sampai ke Melaka. Dulu masa study kat sana, rumah sewa kita orang dekat - dekat situ. Jadi jalan kaki jelah nak ke sini.
Tapi bak kata orang, dulu lain..sekarang dah lain.
Banyak dah berubah. 
Kedai makan atau cafe makin banyak. 
Barangan yang dijual pun bertambah - tambahlah banyak.






 Antara barangan yang kiut yang ada di Jonker. Cantikkan kan? Hand made ni kalau tak silap.





Anting - anting. Masa study dulu suka beli anting - anting ni. Tapi sekarang dah tak suka pakai anting - anting. Tak tahu kenapa. Harga barangan kat sini masih reasonable. 
Kalau pandai tawar - menawar, lagilah bagus :)






 
Yang atas ni lampu. Serius comel! Harga dalam RM10 ke RM20 macam tulah. 
Masa ambik gambar ni aku pergi Melaka dengan kawan aku. Nak beli tapi terlupa pulak. Haish!
Masa pergi dengan family abang aku baru - baru ni pulak, takde berjumpa.
Memang takde jodohlah kita ye Encik Lampu. Sobs~







Macam - macam jenis gelang ada. Masa pergi dengan kawan aku, sempatlah jugak beli. Lagipun kalau beli dua dapat lagi murah. Jadi kawan aku satu, aku satu. Jimat!







 Pop-up card ke apa ntah nama dia ni. Tapi memang spesis kad lah. Yang bila kita bukak..taraaaaa~ keluar pelbagai bentuknya. Kreatif nak mati dorang ni tau!







 Ni lampu lagi. Dan aku terbeli jugak yang berbentuk kumbang tu. Harga? RM30 macam tu. 
Nanti kalau pergi lagi, aku nak beli lagi.
Nak bawak balik kampung.
Nak bagi anak - anak buah aku jeles.
Hahaha~


Dekat Jonker ni penjual dia majority cina. 
Makanan yang dorang jual pun banyak sangat dan nampak sedap. Cuma itulah aku masih ragu - ragu lagi nak beli walaupun aku tengok ramai je yang melayu beli dan makan. 
Dan dalam banyak - banyak makanan tu aku terhenti jugak di kedai yang menjual makanan kat bawah ni. 
Sila tengok =)






 Telur burung puyuh di campur dengan sosej (kut), cheese dan mayonis. Ada pilihan tak salah aku. Aku terhenti sekejap sebab aku suka tengok cara dorang buat.
Acuan tu pun comel je.
Rasanya mungkin ohsem jugak kut. Agaknya lah sebab aku tak beli. Aku tengok je.
Mana tau boleh buat sendiri kat rumahkan? #ye ye jelah tu..







Jonker Walk ni paling meriah pada hujung minggu. 
Orang kemain ramai lagi tau. Kadang - kadang nak tengok barang pun susah -.-'
Kalau yang bawak baby tu kalau boleh datang awal sikit. Kalau dalam pukul 9 ke atas tu mesti ramai orang. Kesian kat baby nanti.


Apa - apa pun selamat bersesak - sesak di Jonker Walk! ;p


p/s - Melaka antara negeri di dalam Malaysia yang paling aku suka dan Sarawak pulak tetap di hati. Ewah~


7 comments:

:: Cik Viva :: said...

macam best je kat jonker walk ni..rasa mcm penah pegi tapi tak smpat nak pusing habis..huhu

Qhaifa Nur said...

memang sesak dengan orang ramai...
tengoklah macam-macam ada...

Mon MonaLea said...

nang best dekat sia...lamak dah sik pergi melaka

Isabel Diaz said...

Bestnya kitak selalu jalan2..

ieda immi said...

ya allahhh
macam2 cantik2 ...
geram tgk ! ;)

ejulz said...

penah pegi cya.. tp dah aher.. kedei dah tutup suma.. hehe

Eza Boom Boom said...

kiut2 jak barang kt cya :) hihi..