klik sekali~

Tuesday, March 29, 2011

Roti Tisu Tinggi Punya!!

assalammualaikum & selamat malam.

aku baru je lepas makan durian! malam2 pun aku bantai jela sebab lama sangat tak makan. lagipun kat perak ni musim buah durian jadi sebelum aku balik kuching, baik aku makan puas2 dulu.

tapi bila dah makan durian tiba2 je aku teringin nak makan roti telur. lagipun masa duk ipoh ni asyik makan nasi kandar je tapi nasi kandar kat pekan lama..memang sedap! heee~ kalau kat seremban lak selalu jugak aku ni lepak kedai mamak. bukan apa tumpang on9. lagi2 bila brdband kene block! *kantoi tak bayar bil*

tapi yang bestnya kat kedai mamak ni, dia ada roti tisu! tinggi punya!! tak caye?? meh tengok gambar aku kat bawah ni..



~ hah kau! aku yang tinggi 164cm ni pun dah nampak pendek semacam je -.-'
walaupun aku tau si roti tisu ni tinggi disebabkan oleh bantuan si meja~

so, appa amma ada percaya ka?? tapi yang kat atas ni bukan aku yang order okay. aku tumpang kejap, nak ambik gambar! jakun kan? tak kisah, yang penting benda ni memang tak pernah aku jumpa. hihihihi~

harganya dalam rm3.50 je. rasanya pun okay, manis2 dan rangup. tapi kalau korang datang berdua, confirm tak habisnya. tapi boleh tapau, sambung makan kat rumah. tak elok membazir, sebab membazir itu amalan syaitan! *berdakwah kejap*.

kedai mamak ni nama dia RESTORAN AL WAZER CENTRAL*kalau tak silap* dekat jalan Lobak. kedai tu memang ramai orang kalau time malam2. lagi2 hujung minggu.

okaylah, ni sekadar nak kongsi cerita. hehehe~ jom tido! ngantuk (~_~)

p/s - kalau malam2 macam ni pekena teh tarik dengan roti telur mesti layan =P~


2 comments:

aNiss :):) said...

wahh! sayang pulak nak mkn roti comel tuhh.. baik letak dlm almari jewp :) hahaha~

kathy said...

hahaha~