Kenapa Lelaki Suka Tunjuk Organ Intim? Part 2.

~gambar ni aku ambik kat google~

assalammualaikum & hi sume.

Di entri sebelum ni aku ada cerita pengalaman aku berkaitan dengan tajuk entri ni tapi kali ni aku nak ajak korang selongkar siapa mereka ni dan sebab – sebab mengapa mereka jadi macam ni. Pada siapa yang dah tahu teruskan baca jugak tau. Heeeee~ *entri berunsur paksaan*..

Untuk pengetahuan bersama, individu yang gemar tunjuk organ intim ni, diaorang ni nampak sihat pada zahirnya tapi disebaliknya mereka ni sebenarnya sedang menderita ‘sakit’. Tapi bukan mudah untuk kita kenal pasti mereka jenis macam ni sebab mereka ni punya perilaku dan personality yang baik.

Individu yang tergolong ni kita panggil sebagai “Ekshibionis”. Yang paling mengejutkan, sebaik saja mereka tunjuk organ intim mereka, ghairah mereka memuncak dengan tiba – tiba. Lepas tu terjadilah onani. *huh! Macam tu pun leh jadi*. Selain tu, mereka ni mudah teransang bila melihat mangsa terkejut, jijik, menangis atau terjerit – jerit ketakutan. Sebab bagi mereka ni, dengan cara menunjuk organ intim mereka kepada mangsa, membuatkan mereka seolah – olah membuat hubungan badan.*dahsyat!*

Antara sebab mereka terdorong buat aksi macam tu :

Untuk meraih perhatian terutamanya kaum yang berlawanan jenis.

Tabiat suka melihat gambar – gambar porno.

Kegilaan menonton aksi ‘panas’ daripada video.

Latar belakang. Ini terjadi bila mereka dileceh atau mengalami perlecehan seksual sebelum ini sehingga mengundang tekanan perasaan.

Jadi, apa yang pasti mereka jenis ni memang berbahaya. Mula – mula mungkin dok nak tunjuk je tapi lepas dah tak tahan mau nya nak dirogol mangsa – mangsanya. Ermm. Harap – harap tak akan berlaku macam tu.

Untuk kaum wanita seperti ku, marilah sama – sama kita berwaspada untuk keselamtan kita bersama (^^,)V.

~love ya~

p/s – info ni aku ambik dari majalah Harmoni keluaran 1 February 2010 di muka surat yang ke 63.

Comments

Ms. Ann said…
katty, anne penah gak menjadi mangsa lelaki.. sungguh tak bermoral...
kathy said…
tau xpe..ntah apa2 je org mcm ni..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.