klik sekali~

Friday, October 26, 2012

Juadah Di Hari Raya Korban.

Assalammualaikum..


Pagi tadi, gigih sungguh aku masak walaupun hanya aku seketul je di rumah ni. Dari Majalah Rasa sampailah ke Google, aku usha resepi. Macam nak bagi makan 100 orang je gayanya. Tapi hakikatnya aku makan sorang je. Tapi tak apalah. Sekali - sekala merenyahkan dapur tu, best jugak. Maka, terhasillah juadah seperti gambar di bawah :)







Ada Nasi Hujan Panas (pestime ai masak u ~ menjadik jugak ~ alhamdulillah), Roti Jala, Rendang Tok, Jelatah dan Kari Ayam. Cheese kek tu aku beli. Malas nak buat. Uhuks! Sejak dah nak merangkak ke angka 30 tahun ni, buah - buahan sering saja menjadi tetamu wajib dalam peti sejuk. Coke tu pulak memang kena ada time raya. Kalau tak raya jarang dah minum. *Ye ke jarang? (-.-')



Dan bila dah siap terus rasa kagum pada diri dan terus rasa nak kahwin cepat - cepat sebab nak bagi suami makan. Eceh! Tapikan..masak sedap macam mana pun, tetap tak best bila makan tanpa keluarga. Takde nak berebut dengan anak buah. Takde nak sibuk tanya itu ini dengan mak. 



Nasib baik jugak zaman sekarang dah moden. Pagi tadi pukul 7 lebih anak buah aku call. Pastu sempat cakap dengan mak. Oh ya, mak demam. Rasanya kena hujan semalam kut sebab mak cakap masa beli barang dia ada kena tempias hujan sikit. Harap -harap cepatlah kebah demam tu. Kejap tadi anak buah aku hantar report cakap yang mak dah okey sikit. Alhamdulillah. 



Korang suma pun kena jaga diri, okey? Cuaca sekarang tak menentu. Kejap hujan & kejap panas. Okeylah, sebelum aku blah, aku nak ucap lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :') 



p/s - Nanti aku naikkan resepi - resepi juadah tu. Aku memang suka part makanan ni walaupun masak tak reti mana ;p



6 comments:

Nieda said...

wah ! colorfull . macam2 ada.

selamat hari raya adil adha.

Ezy Chiaki said...

mkn sorg pon mkanan dh meriah..
kalo rami2 lg meriah kot..
hehe
selamat ari raya aidiladha!

Huda said...

hebatnya masak sendiri semua ni..

cik nana said...

terbaik lah sis ! nasi hujan panas tuuu. wallah ;) klu cheese kek tu pun buat sendiri memangg pehhhh la sis. ;)

#salam aidiladha. beraya sorang2 tu pengorbanan tu ;)

Cik Yatt said...

bestnye makanan nak!

Namee Roslan said...

wahh rajin betul kathy masak ! hehe. alaa lain kali panggil namee ! hehe. namee makan semua ! selamat hari raya kathy :')