klik sekali~

Tuesday, July 23, 2013

Semangat Balik Kampung Datang Berkampung!

Assalammualaikum..




Pejam celik pejam celik dah dua minggu kita berpuasa. Kejap aje kan? Dua minggu yang akan datang ni pasti sibuk dengan persiapan hari raya pulak. Dan aku pulak sibuk menghitung hari untuk balik ke kampung. Yeyy! 


Boleh dikatakan setiap hari aku tengok kalendar. Rasa macam lambat pulak nak sampai 1/8. Ye. Aku balik Kuching 1/8. Semangatkan? Hahaha. Sampai bila? Tak sure lagi. Kerja macam kita orang ni senang cuti. Cuma makin banyak kau cuti makin sikitlah kau punya gaji. Yelah, keja biasa - biasa aje kan? Sobs~


Tapi takpe. Yang penting dapat balik kampung! Hohoho~ Dah terbayang wajah puan emak dan encik bapak. Tak termasuk anak - anak buah pulak. Yang bestlah tahun ni semua adik - beradik berkumpul.
Memandangkan kita orang adik - beradik agak rapat, jadi bila kumpul ramai - ramai pasti lebih meriahkan? Dengan karenah anak - anak buah lagi. Haaaiiii~~ makin tak sabar dah ni. 


Bagi aku, saat - saat balik kampung ni antara saat yang paling indah bila nak raya. Cuma perlu diingat, dalam seronok nak balik kampung tu jangan sampai kita abaikan keselamatan kita. Tapi itulah, kadang - kadang kita dah berhati - hati, orang lain pulak yang cuai. Jadi, sama - samalah kita berwaspada ye?


Korang, balik kampung tak? :)



*gambar dari Google


11 comments:

Nieda ramly said...

tahun ni tiket dpt berapa ringgit?
mesti syok sesekali dpt balik kampung nanti .

ejulz said...

x sabar nggu sabtu mggu depan.. hehe

labulabi said...

mesti la balit.3 aribulan la drive dari miri.hehehe.ho ho balik kampong oh yeah.

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

bestnya balik kg...naz tak balik kg pun tahun ni, lagipun br start keje kt tempat baru. sooobsss

eVa said...

yeay smua orang x sabar mok blt eyh.. kmk nggu adek mek sorang jak gik mok blt.. lain semua dah ada.. mun semua ada bok best.. xda rasa sadis gilak mun sorang xda ow..

Namee Roslan said...

rasa macam kejap nya lah puasa kali ni.sgt cepat ! T_T. dah nak raya pun kan.seronoknya orang yg ada kampung...namee xde.. hehe

Eza Boom Boom said...

kmk balit kmpung. kmpung kmk dekat jak.. hehe.

Isabel Diaz said...

Sik lamak gik.. Hihi..

ieda immi said...

kampung akak adalah kampung dimana akak duduk skrg .. dah balik duk kg .. rasa nak ke bandar lak ekeke ;)

Yumida Huda said...

selamat balit kpg sis
moga selamat perjalanan kita pg n balit
slmt ari raya juak

eVa said...

update update! haha.. gne raya tek