Resepi Ikan Siakap Kukus Berlimau

Assalammualaikum..



Bulan puasa ni ramai yang cari resepi untuk sahur dan berbuka. Aku pun tak terkecuali. Bila dah Google, buka pulak buku resepi. Nanti ending(nya) aku main masak campak - campak jugak. Tapi idea asal memanglah daripada resepi yang kita nak buat tu. Macam resepi ikan siakap kukus ni. Macam - macam versi resepi ada. Cuma aku lebih suka kalau ikan siakap ni kukus dengan limau :)



Resepinya mudah aje. 


1 ekor ikan siakap sederhana besar (siang dan bersihkan dengan asam jawa sikit)
3 bijik limau kasturi (ambik jus dia je)
Setengah bawang merah (aku guna setengah sebab bawang merah tu besar sangat)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili padi (cili besar pun boleh. asalkan cili hidup)
*bawang merah, putih, halia dan cili padi tu semua dipotong - potong, okey?*
garam dan perasa secukup rasa.

bahan - bahan sampingan pulak boleh letak tomato, cendawan, carrot. apa - apa je sayur yang kau rasa nak letak kau letak je.


Ikan Siakap Kukus Berlimau kat atas ni aku guna cendawan shitake & tomato. 



Cara membuatnya.

Ikan siakap yang dah disiang, dilumur sedikit dengan garam. Biarkan seketika.

Ambik kuali, (jangan nyalakan api dulu) masukkan ikan siakap tadi. Letak sedikit air. Air tu jangan kau letak banyak sangat. Agak - agak setengah daripada ikan tu tenggelam cukuplah. Kalau dah sampai tenggelam ikan tu, bukan kukus lagi dah tu tapi dah jadi sup ikan~

Lepas tu masukkan bawang semua tu. Sayur yang lambat masak macam carrot. Senang cerita kau tabur aje bahan - bahan dipotong tadi. Dan baru nyalakan api. TUTUP kuali tu dengan penutup pengukus. Aku malas nak kukus guna pengukus, jadi aku guna kuali je. Tapi yang penting kuali tu memang kena tutup.


Bila ikan dah nak masak, masukkan jus limau tadi. Pastu masukkan sayur yang cepat masak macam cendawan ataupun tomato.


Masukkan terus garam dan perasa. Kacau air ikan tu perlahan - lahan. Untuk bagi sebati. Tutup semua kuali. Biarkan seketika.

DAN siap!

Paling sedap makan ikan siakap kukus ni dengan sambal kicap. Serius sedap!  =p~




Yang atas ni pulak, aku campak carrot & cendawan tiram. 


Senang je kan? Campak - campak je dah siap. Ikan kat atas sekali tu aku buat masa sebelum puasa hari tu. Yang atas ni pulak untuk sahur pagi tadi. Dah ada carrot dengan cendawan tu, tak perlulah nak masak sayur lagi. Senang kerja aku Kehkehkeh~



p/s - Aku perasan yang views di blog aku agak konsisten time bulan puasa ni. Walaupun aku tak updated sangat. Bila aku tengok keyword, rupa - rupanya ramai yang masuk sini sebab resepi masakan. So, apa lagi, lepas ni kita pulun naik kan entri berkisar dengan resepi masakan pulak. Lepas tu diri sendiri stress tengok gambar makanan. Ceh!


Comments

labulabi said…
rajin masak eh..salam ramadhan untuk kitak di sinun.bila balit raya tek. :)
Fiqa Mahmod said…
baru masak siakap steam limau hari tu.. boleh lah try resepi ni next time.. ;)
Nieda ramly said…
ada saja ikan siakap dlm peti sejuk kat rumah akak. mana taknya, asal cuti pergi mancing.

mmg buah tu sentul tapi org utara panggil setoi
Qhaifa Nur said…
kalau makan kat kedai memang menu ini yang kita order kan..kan..
sedapnya siakap kukus ni...
ejulz said…
kruk krukkk dah bunyi perut tok.. hehe
Isabel Diaz said…
Teringin mewk nak makannya..
Yumida Huda said…
yak ampun..nyaman eh! telio mek nangga
lamak x mkn ikan kukus
ramai jak bahan2nya atas badan ikan ya

jemput join kathy:
http://umikasum.blogspot.com/2013/07/cer-teka-gambar_16.html
eVa said…
aie nyaman gilakkkkkk.. tok fav kmk aie.. mek salu makan nok aunty mek polah.. ingin juak mok polah pake esok ari eyh.. makseh share resipi...
Namee Roslan said…
sedapnya !!nakcubaa ! :D

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.