Canopy Walkway/Jambatan Atas Pokok di Poring Hot Spring.


masih berkisar di sabah. cerita tahun lepas. dan canopy walkway ni antara tempat yang aku nak sangat2 pergi. tak taulah kenapa aku semangat sangat nak naik jambatan kecik tergantung atas pokok tu. canopy walkway ni dalam Poring Hot Spring jugak. cuma kena jalan sikit. bayar lagi. tapi taklah mahal sangat. 





ambik gambar dulu. banyakkan tempat2 yang ada kat sini. tapi misi utama kita canopy walkway yeyyyy! 






nampak tak atas tu. situlah check point kita~ kena bayar RM3 dan kamera pun kena bayar tapi tak ingat berapa T_T tapi diingatkan siapa yang ada masalah sakit jantung, gayat dan darah tinggi--diminta fikir 378824629 kali nak ke tempat ni. 







aku ingatkan lepas bayar teruslah ada jambatan tu tapiiiii~ indah khabar dari rupa. rupa2nya kena jalan naik bukit sampai satu saat aku give up! serius. baru naik sini, kalau naik gunung kinabalu mahu pengsan di kaki bukit aku dibuatnya. stamina takde langsung huh! 






nasib baik suasana dia tenang. dengar bunyi burung. dengar suara aku merungut2 hehehe. masa ni aku dengan encik suami je menyelusuri jalan2 kecil tu. kadang2 berpaut jugak dekat lengan encik suami. kata honeymoon kan? dalam hutan pun bolehhhh kahkahkah pegang tangan je yerrr~ lagipun peronda dorang sentiasa ada. sebab kita orang ada selisih dengan dorang. kiranya keselamatan kita insyaAllah terjamin. 






bila dah nampak pondok tu, barulah misi sebenar kita bermula. sebelum tu beli air mineral dulu. macam tahu2 je kita kehausan. orang jaga kat pondok ni ada jual air. dah kata aku yang semangatkan, jadi haruslah aku jalan dulu atas jambatan tu. tapiiiii~~~ entah macam mana semangat yang setinggi gunung kinabalu boleh jadi rata seperti waterfornt dekat bandar KK tu. aku gayatttttt! dengan jambatan yang kecik. tengok bawah ya rabbi tinggiii. lepas tu kalau naik 2 orang je pun dah bergoyang kau bayangkan kalau kau pergi satu rombongan sekolah? 






senyuman tipuuuu semata2! aku siap pesan dengan encik suami, jangan jalan dulu. tunggu aku sampai kat belah hujung sana baru dia jalan. nasib baik masa tu tak ramai orang lagi. ikut suka aku buat giliran macam tu heh! 






macam biasa, encik suami cool je. jalan2 lepas tu pandang bawah. oh ye, aku ingatkan lepas satu jambatan tu dah habislah fuhhhh~ lega tapi sebenarnya ada lagi 3 menanti (kalau tak silap) dan yang satu tu paling panjang. dan tinggi * nak termenangis aku*






aku masa jalan takdenya nak tengok bawah. pandang depan dan jalan setengah laju. kau faham jalan setengah laju tu? -.-' maksudnya nak kata laju tak jugak. lambat tak jugak. feeling2 atas jambatan tu memang tak ada langsung! 






dan habis je menjalankan misi, aku terus cakap dengan encik suami, lepas ni taknaklah naik lagi. serius aku takut. mungkin tak biasa kut~ entahlah. walaupun tempat ni buat hati aku macam nak jatuh ke tanah tapi tempat ni jugak meninggalkan kenangan manis buat aku dengan encik suami. yelah, tempat kenangan honeymoon kan :) 


bagi yang suka aktiviti sedikit mencabar atau mencabar gila, bolehlah ke sini. dalam takut aku tetap teruja dengan persekitarannya yang hijau memukau pandangan~



p/s : dalam setiap senyuman ada terselit kisah duka. orang kadang2 tahu mencerca. tahu menilai tanpa mahu mengenal. punya mata tapi sayang 'buta'. punya telinga tapi rupanya pekak semata. ingat, ke mana saja kau pergi Allah akan ada sekali. sekali kau sakiti hati ini, aku hanya minta Allah saja mengadili. tak apa hati ini luka, kerana ia bisa sembuh semula. biarlah air mata terus mengalir laju, asal kau bahagia dengan cara kau itu. cuma aku tertanya2, kenapa kau perlu ambil kisah tentangku sedangkan kau tahu aku tak pernah peduli pun tentang dirimu? 




Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.