Petang Di Kundasang.


lepas jalan2 di Kundasang War Memorial, aku dengan encik suami berjalan pulak ke pasar kundasang. yang gerai jual2 tepi jalan tu. sayur2 dekat sini memang segar bugar. 






deretan kedai2 sini panjang jugak dan belum pernah aku sampai ke hujung. malas nak jalan pun ada jugak. lagipun bukannya beli apa2. tapi sape yang nak beli sayur sini dan suruh orang kedai makan masakkan untuk kita pun boleh~ tapi aku tak sure kedai makan yang manalah ya. 






walaupun tak beli apa2, tetap singgah kat sini jugak. dah macam perkara wajib di buatlah kalau sampai kundasang ni :)






tengok sayur terus teringat betapa sedapnya kalau dibuat steamboat *telan air liur* kat sini bukan setakat sayur je. strawberry pun ada jual tapi versi yang kecik2lah. bunga2. madu. kerepek2. 







rumah warna - warni ni, chalet yang betul2 berdepan dengan gerai jual2 ni. nampaklah gunung kinabalu pada yang sape2 check ini sini. 








dah jalan2 tengok sayur, aku ajak encik suami ke Kinabalu Pine Resorts. sebenarnya sinilah yang kita orang nak stay tapi lambat sangat booking, dah full house! cuti sekolah kan.






walaupun tak berpeluang stay sini, tapi tak bermakna tak boleh jalan2 sini. sini view dia cantik tau. boleh je kita datang sini sekadar nak tengok2 :)







untung rumah yang dekat lereng2 bukit tu. hari2 boleh nampak puncak kinabalu. tapi kalau dah hari2 jemu jugak kut hehehe~ cuma yang bestnya udara kat sini bersih. segar. nyaman sentiasa. malam sejukkkkk sangat! 





tempat yang aku duduk ni, tempat yang jadi rebutan untuk bergambar ;D lagi2 bila puncak kinabalu tu nampak. masa ni ada beberapa orang tengah tunggu turn. angin pun kuat sebab nak hujan sampai tudung pun dah senget benget. dalam berapa minit je puncak kinabalu terus diselaputi oleh awan.. 






kalau dah sampai sabah, mestilah pekena sayap panggang a.k.a kepak ayam bakar. tapi dalam banyak2 kedai, kedai dekat area kundasang war memorial ini jugaklah yang paling sedap! encik suami pun cakap sedap. 






inilah pak cik yang tukang bakar tu. bila kita beli, dia akan letak madu lagi. pastu dia bakar lagi. manis madu bercampur dengan manis ayam tu kena sangat. sampaikan masa kita orang bermalam di ranau, sanggup ke kundasang semata2 nak beli kepak ayam ni. 






inilah rupa puncak kinabalu masa petang. sana kan awal malam dan cepat siang. rasanya time ni baru pukul 6 kut. pondok2 kecik depan tu tempat orang main golf. baru je lagi rasanya. 



p/s - ada masanya kita perlu 'lari' seketika daripada orang2 di sekeliling kita. lari bukan kerana benci. tapi lari untuk memulihkan rasa sakit di hati. mungkin kundasang salah satu tempat yang boleh dilawati sekaligus merawati hati :')



Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.