klik sekali~

Thursday, May 14, 2015

Resepi Umai Obor - Obor.


obor-obor. tak semua orang tahu yang obor-obor ni boleh dimakan. sebenarnya obor-obor boleh je dimakan tapi yang selalu aku makan versi yang dah dimasin atau dijeruk lah ya. bukan yang fresh tu. kata abang ipar aku, obor-obor ni kalau kita tak ada skill nak tangkap dia boleh buat kita gatal~ 







RESEPI UMAI OBOR - OBOR. 


bahan- bahannya :)

obor-obor yang dah dimasin atau dijeruk (rendam dalam sejam untuk buang rasa masin sikit dan potong kecik2 tapi masa aku buat tak sampai setengah jam pun aku rendam) 

bawang besar potong kecik2 jugak. nak potong dadu pun boleh. 

cili padi ke cili besar ke, apa2 jenis cililah harus jugak dipotong2. 

limau kasturi diambik jusnya. ikutlah banyak mana kau nak rasa masam. 

garam dan serbuk perasa secukup rasa. garam jangan letak banyak sangat sebab obor-obor tu dah masin. 


cara membuatnya :)

campak semua bahan2 dalam mangkuk. kacau rata. rasa sikit. kalau tak cukup pedas tambah cili, adjust lah rasa dia tu ikut lidah sendiri. dan kalau akulah kan, aku suka simpan dalam peti sejuk dulu. kalau nak makan ni malam, tengah hari tu aku dah buat. tapi kalau lepas buat terus ngapppp, pun sodap jugak~ 


selamat mencuba! 


p/s : makan obor2 ni ada sound effect dia :)





4 comments:

Lea Ismail said...

aduh.nyamannya....balit kelak mok carik

adda syuhada said...

mmg sedap sangat la umai obor2 nih...pernah makan member opis buat...makan nasi bertambah2!

ASaDa RyutaRo said...

lama betul dah x merasa umai obor-obor ni..

Adam daniel said...

Sedapppp wooooo😀😁😁