Poring Hot Spring (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)


selepas bermalam di ranau, esoknya sebelum check out aku dengan encik suami ke Poring Hot Spring. tak jauh sangat dari pekan ranau. awal2 pagi dah terpacak kat sana. bayar RM3 kalau tak silap. tapi kalau kita dah pergi Kinabalu Park, kita tak perlu bayar untuk masuk sini. kiranya tiket Kinabalu Park valid kat sini untuk satu hari sahaja. aku dengan encik suami dah pergi semalamnya jadi terpaksalah beli tiket lagi. oh ye, ni kisah tahun lepas -.-'





jambatan yang kucing tu lalu jambatan lama rasanya. sebab yang kita orang lalu jambatan konkrit. masa ni orang tak ramai lagipun. sunyi. tenang dan mendamaikan :) 







kat sini banyak tempat boleh teroka. tapi aku dengan encik suami memilih untuk ke kolam air panas dengan jambatan atas pokok. 








tengokkk~ betapa awalnya kami sampai hingga takde orang pun hehehe. mulalah mencari port yang best untuk merendamkan kaki. tak mandi pun walaupun masa ni kita orang memang tak mandi lagi kahkahkah~







memandangkan takde orang, kami berdua pun duduklah dekat kolam kecil yang memanjang ni. mula2 rasa panas. tapi lepas tu dah rasa selesa sangat kaki bersatu dengan air. 







bilik mandi tertutup pun ada disediakan. jadi sape2 yang nak privacy tu jangan risau. tapi aku dengan encik suami tak try pun sebab lepas settle kat sini nak terus turun ke bandar KK. dalam kepala aku hanya ada lokan bakar dan puding kelapa je dah. nasib tak kempunan~







kolam ni airnya sangat panas. nampak asap kepul2 keluar kalau tengok secara dekat. bagi aku tempat ni (kawasan kolam air panas ni jelah ye sebab kawasan lain aku tak jelajah) sangat2 bersih! dikelilingi hutan yang masih hijau, demi tuhan sangat2 mendamaikan. walaupun pernah ke kundasang beberapa kali tapi belum pernah sampai ke ranau. alhamdulillah. akhirnya sampai jugak. terima kasih encik suami :') 



p/s - entri ni dah ada dalam draft. baru nak publish. busy pindah rumah sebenarnya. tu yang jarang nak melepak lama2 di laman2 sosial yang ada.. 



Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.