klik sekali~

Saturday, May 7, 2011

Saya Suka Makan KULAT.

assalammualaikum & selamat berhujung minggu ^^,


hari ni macam malas je masak -.-' nasib baik kakak ipar masak lauk lebih pagi tadi ^^,V jadi aku cuma masak sayur je. sayur apa?? ni ha!! sayur KULAT!!



okay2! jangan pening2kan kepala anda dengan memikirkan macam mana rupa KULAT tu. tengok je gambar kat atas tu. tu la dia KULAT JERENANG *ni bahasa mak aku* tapi kalau kat Sarawak ni sesetengah kita orang memang panggil apa2 je spesis cendawan ni KULAT.


menurut mak, kulat ni akan muncul bila musim durian nak berbunga! betul ke tak, aku tak tau la ye. biasalah orang tua2. tapi ada cerita pasal kulat masa aku kat semenanjung dulu. masa tu kat tesco dan bersama cik abang sayang. lebih kurang macam ni la dialog kita orang -.-'


dia - nak cari apa lagi?
aku - nak cari KULAT. lama dah tak makan KULAT.
dia - KULAT? *muka blurr*
aku - KULAT tu cendawan! *nada marah sikit*
dia - err..ok!


masa tu dalam hati siap kutuk lagi, KULAT pun tak tau! tapi bila fikir2 balik aku ni bercakap dengan orang semenanjung!! mana la dia faham kan?? adoi!!!


moral of the story - jangan cepat sangat buat persepsi negatif dengan seseorang.
- buat si dia cepat2 belajar Bahasa Melayu Sarawak supaya kejadian yang selalu terjadi macam ni tak berulang lagi -.-'


p/s - kadang2 bila bercakap dengan cik abang sayang selalu je tersasul dengan bahasa Sarawak.

3 comments:

man said...

goreng pun sodap...

Farah Azurah said...

akak,ini pelik taw ..fara org johor so memg xpenh taw ...tq dtg blog fara ari uw ..syg akak ..muahhh ! ^_^

Kathy Tuah said...

man - tau xpe! hee~

fara - hehehe..tu la pasal.. sama2, tp tq jugak kat fara sebab singgah kat blog akak ni..syg fara gak..muah! ^^,