Aku Rindu Pasar Malam Kat Semenanjung!!

assalammualaikum & hi!


pagi tadi aku jalan2 kat pasar Satok dengan mak & abang aku. lama giler tak jalan2 kat sana -.-' jadi bila abang aku ajak mak pegi sana aku pulak yang TERover excited! macam nak pegi shopping kat mall lah pulak T_T


bila dah jalan2 kat sana tadi hati aku ni terus teringat kat pasar malam kat semenanjung. bukan apa kat sini (Kuching) kalau bab makanan agak kurang sikit diaorang jual. tak macam kat semenanjung ada rangka ayam goreng, tau fu fah, yong taufu, ayam percik dan macam2 lagi yang jarang jumpa kat sini.


IKLAN *sudut belajar Bahasa Sarawak - jeraya = jalan *


bila baca statement aku kat atas tu korang jangan nak cakap aku lupa daratan pulak ye! aku cuma rindu dengan makanan kat sana. biasalah wei, kalau kat sana sibuk rindu masakan kat sini. macam tu jugak lah yang sebaliknya! normal lah kan??





gambar kat atas ni merupakan makanan terakhir yang aku beli kat pasar malam area Ampangan,Seremban sebelum balik Kuching hari tu. yang atas tu nasi ayam hainan, kat sebelah kiri tu pulak bakso! dan yang belah kanan tu sup burung unta. tapi sup burung unta ni aku tapau kat tempat lain. ops! petai tu lak beli tepi jalan.


haaa..bukan main tamak halobanya aku kan?? bakso tu habis tapi nasi kongsi ngan sup tu kongsi dengan housemate. kalau tak confirm sure pasti tak habis nya -.-' masa ni pun aku ada beli rangka ayam goreng & tau fu fah. rangka ayam goreng dah habis makan masa dalam kete. tau fu fah lak simpan dalam peti ais dan sebelum tido malam tu aku makan.


aku tau korang mesti label kan aku ni gadis yang kuat makan kan?? tak kisah lah..kan dah nak balik Kuching so kene lah makan banyak2 untuk bekalan selama 2 bulan kat Kuching ni. teeeeeetttt!!! ye2 je lah kan? okaylah, bye!


p/s - nak cari resepi masakan yang best versi sana lah!

Comments

GamUHU said…
petai. febret!
fRaMe+LenSeS said…
terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.