klik sekali~

Wednesday, May 18, 2011

Sikap Sesetengah Kakitangan Kerajaan Yang Dah Veteran (Part 1)

assalammualaikum & hi~


pagi tadi aku temankan mak & anak buah pegi hospital kerajaan kat sini. mak ada temujanji untuk buat ultrasound, anak buah lak ada temujanji untuk cek mata. memadangkan temujanji mak kul 10 jadi bawak anak buah dulu cek mata.


memandangkan aku & mak sama2 kali pertama bawak si kecik ni pegi temujanji jadi kita orang tak tau lah sangat procedure kat situ macam mana. tiba2 nama anak buah kena panggil dan nurse yang bertugas tu boleh selamba dia sound mak! aku duduk sambil dukung si kecik tak jauh dari situ boleh dengar dia bising2 dengan kad si kecik.



"ni mana kad appointment ikmal ni?" tanya dia tanpa pandang muka mak aku.
"kad mana pulak?" tanya mak. sebab tadi mak dah masukkan suma kad2 yang pelu kat dalam bakul tu.
"kad appointment dia lah, nak tengok betul ke tak tarikh dia appointment hari ni," katanya sambil sibuk susun & kemas2 fail2 kat situ.
"suma kad besar, kad kecik dia saya dah letak kat sini tadi". terang mak.
"oo..dah ada lah ye kad kecik tu tadi?? okay!" dia terus blah.


pehh!! macam tu je dia layan mak aku. aku cuba faham mungkin dia sibuk tapi kalau ye muka tu maniskan sikit dengan senyuman. ini tak, cakap dah lah kasar, pastu pandang muka orang pun tak! melampau betul lah.


tak lama lepas tu ada lagi yang kena sound nurse tu sebab benda yang sama. sebelum nak sound orang tu tengok betul2 kad tu. kalau dia ni staff pelatih boleh jugak aku terima tapi dia dah dikira staff yang dah veteran!


okaylah, nanti aku citer pasal temujanji mak aku pulak sebab jumpa spesis yang sama macam ni jugak!


p/s - nasib baik nurse yang tolong doktor cek anak buah aku tu okay dan peramah walaupun telah ditanya macam2 berkenaan dengan mata anak buah!

2 comments:

Ms. Ann said...

emm... memang begitu... takdinafikan..


BLOGSPOT CONFIRM TUTUP

Kathy Tuah said...

tu la kan..kecewa sgt!