Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 2)

Ida menghampiri tempat duduk berhampiran dengan pintu cafe dan aku pula pergi mendapatkan makanan. Dalam keadaan tenang aku berjalan, tiba – tiba aku terlanggar seseorang. Eh, tak! Aku dilanggar bukan terlanggar.

“Buta ke? Hari belum malam lagi dah tak nampak orang ke?” marahku sambil mengusap bahu yang terkena badan orang yang melanggar aku sebentar tadi.

“Eh, awak tu yang langgar saya dulu!”

“Jangan nak tukarkan yang fakta kepada yang auta okay! Awak tu yang jalan…” kata – kataku terhenti bila Ida mencelah.

“Kenapa ni Lia? Aiman?”

Aku kehairanan. Bila masa pulak dia ni kenal mamat ni?? Tapi buat masa sekarang aku hanya nak mengatakan aku tak bersalah. Tak bersalah!

“Ida, kau cakap dengan kawan kau ni lain kali bila berjalan tu buka mata besar – besar. Jangan main ikut sedap jalan je!” pesanku sebelum berlalu. Namun sempat aku menghadiahkan satu jelingan kepada mamat yang bernama Aiman itu. Huh! Terus lupa niat asal untuk menjamu selera. Sabar ya si perut comel, pujukku dalam hati kepada perut yang agak lapar.

Aku mengambil tempat yang telah Ida tinggalkan sebentar tadi. Dari situ aku mencuri pandang ke arah Ida yang sedang berbincang dengan mamat sewel itu. Ops! Tak elok kutuk orang. Tapi aku tak peduli sebab aku tahu dia pasti kutuk aku depan Ida sebab nampak sangat gayanya yang tidak berpuas hati itu. Beberapa pelajar di café mula berbisik sesama sendiri, bergosip lah tu!

“Hish, apalah kau ni Lia. Kenapa kau berkasar dengan Aiman tu? Tak baiklah buat macam tu.” ujar Ida yang baru melabuhkan punggungnya setelah berbicara dengan mamat yang melanggar aku tadi.

“Ida, kau ni di pihak yang mana?? Kau kena ingat Ida, aku ni kawan baik kau bukan mamat tu!”

Ida hanya tersengih mendengar ugutanku. Saja nak test kawan aku yang sorang ni.

bersambung ^^,

Comments

waiting for part 3. ;D

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.