klik sekali~

Friday, April 1, 2011

Akhirnya Sampai Di Kuching.

assalammualaikum & selamat malam.


hari ni sehari suntuk aku tak jenguk blog. bukan apa tadi flight aku kul 12.55pm dan gerak dari seremban dalam kul 10.30am. sampai je lcct terus check in. luggage lak cecah 16kg tapi. nasib baik staff Airasia tu tak cas lebihan kg. alhamdulillah ^^, *tempoyak dengan ikan pekasam pun lepas*


kul 2.40 aku sampai airport kuching, abang dilah dah tunggu dan kita orang terus ke hospital. tapi aku kecewa dengan lift kat hospital tu, dahla orang ramai tapi lift tu lembab semacam je. ermm.


aku dengan abang dilah terus naik tingkat 7 dan sampai2 je kena tahan dek guard sebab tak boleh masuk. tengok jam rupa - rupanya bukan waktu melawat. tapi tak lama lepas tu kakak yang jaga mak panggil kita orang masuk.


tengok2 je muka mak terus je lega hati aku. mak nampak makin sihat. alhamdulillah. dan petang tu je ramai ahli keluarga yang jenguk mak. dan aku lak balik rumah dalam kul 9 malam. yela, tadi balik dari sana terus pegi hospital, tak jumpa bapak pun. sebab tu aku tak temankan mak, mak pun suruh balik. abang dilah yang temankan mak malam ni.


esok aku dengan kakak akan gerak pergi hospital dalam kul 6.45am. tadi doktor cakap esok pemeriksaan terakhir. kalau dah okay, mak boleh balik ^_^


pada sape2 yang mendoakan perjalanan dan kesihatan mak saya, terima kasih banyak2 ye. pada yang dah follow tu terima kasih jugak. hari ni 1 april, follower cecah 200. alhamdulillah. insyaAllah, lepas settle urusan saya nanti saya akan balas kunjungan korang.


okaylah, nak tido dah ni. badan pun dah letih semacam. lagi2 malam ni tido kat bilik sendiri mesti tak sabar nak mimpi yang indah2 :)


~love ya~


p/s - selamat berhujung minggu..

2 comments:

Dea said...

slmt pulang ke sarawak!!.. hehe..

kathy said...

tq dea ^^,