Wednesday, April 6, 2011

Resepi Ketam Nipah Ala Sarawak.

assalammualaikum & hi.
dah makan? aku tadi dah makan dalam kul 6.30 petang. erm, kat rumah Kuching ni memang makan awal. sebelum Maghrib mesti dah makan. menu hari ni special sikit, ketam masak sos, udang masak lemak buncis, sup itik dengan sayur sawi *sawi yang agak pahit tu*. tapi kali ni nak share resepi ketam nipah je. heee~



~nilah rupa bila dah masak ^^,



~versi ketam yang dah disiang~



bahan2 nya :

5 ekor ketam nipah (kalau tak makan ketam nipah, ganti dengan ketam bunga)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
sedikit air asam jawa.
sos cili
sedikit santan.
sedikit garam.
ajinomoto. (kalau tak nak guna ajinomoto leh tukar dgn gula)


cara membuatnya :

tumbuk bawang merah, bawang putih, halia & serai. guna lesung batu tau, jangan nak blend lak. hehehe~ lepas tu tumis bahan2 yang ditumbuk tadi sampai naik bau & kelihatan garing. lepas tu masukkan sos dan kacau seketika. masukkan santan dan air asam jawa dan kacau lagi. *maaf, bahasa masak memasak agak lintang pukang!*


lepas tu masukkan ketam, garam dan ajinomoto. kalau nak berkuah sikit leh tambah air. biar sehingga ketam masak. *agak2 lah ye tapi jangan masak lama sangat*. pastu boleh makan dengan lahapnya ^^,


~nilah dia ketam nipah. err, aku tau ramai yang tak makan~


p/s - terima kasih pada Abang Alim ngan Kak Jijah sebab belikan ketam untuk adik mereka yang tersayang ni ^_^V



 Updated : 2013 - tajuk telah ditukar agar tidak timbul sebarang kekeliruan. 

3 comments:

bunga2hati said...

kamek pon sik makan ketam batu...pantang sebenarnya...

kathy said...

yakah??huhuhu~ kmk nang minat ^^,

ijulabi said...

sedap..tq