Tips untuk bakal warga kampus. (Part 2)

assalammualaikum & hi.

Hari tu dah share sikit tips untuk bakal warga kampus, ni nak sambung sikit lagi. Adik2 sume, ambik perhatian kejap ye. Hehehe~ *bukan main adik2 lagi..*

Duplicate kunci bilik asrama secepat mungkin.

Pastikan adik2 duplicate kunci bilik asrama secepat mungkin dan sentiasa simpan dalam beg. Bukan apa, kadang2 kita ni terlupa dengan kunci bilik kalau dah ‘rush’ sangat nak pegi kelas. *penah jadi masa study dulu, terpaksa tunggu teman sebilik balik baru dpt masuk bilik -.-‘

Jaga kebersihan diri dan bilik asrama.

Bila dah kongsi bilik ni maka adik2 kena jaga kebersihan diri dan bilik asrama. Jangan harapkan roommate je yang menyapu lantai bilik. Baik buat sama2 kan?

Pastikan adik2 punya alarm clock yang sendiri.

Dulu masa Kak Kathy study, Kak Kathy lebih suka guna alarm clock daripada guna handphone. Lebih mudah dan tak perlu lah nak harapkan roommate nak kejutkan kita kan?

Rancang perbelanjaan.

Ni penting, sebab dulu masa Kak Kathy study rasanya Kak Kathy banyak habiskan duit macam tu je. Rasa menyesal pun ada. Huhuhu~ jadi adik2 kena buat rancangan perbelanjaan. Elak sebarang perbelanjaan yang tak penting tu. Lagi2 kalau duit pinjaman tu keluar, adik2 kena beringat tau.

Bawa ubat dari rumah.

Jika adik2 sedang mengalami sebarang masalah kesihatan seperti asma,batuk, selsema dan lain2, maka adik2 dinasihatkan supaya bawak ubat-ubatan dari rumah. Tapi bagi yang jatuh sakit di kolej/kampus, adik2 boleh pergi berjumpa doktor panel yang disediakan khas secara percuma.

Jangan ponteng kelas!

Pastikan adik2 pergi ke kuliah, tutorial, dan kuliah tambahan(jika ada). Jangan ponteng tau. *kecuali adik2 tak sihat*


Okaylah adik2, ni je dulu sebahagian tips yang Kak Kathy nak kongsi. Kalau bagi banyak sangat kang ada yang boring nak baca. Huhuhu~ *tips ni dari Majalah Remaja Edisi Mac 2002*

Apa2 pun, persiapkan diri adik2 dari segi emosi dan mental sebelum melangkah ke alam kolej/kampus. Memang tension nanti *bukan nak takutkan tapi kenyataan* tapi dalam tension2 tu ada seronoknya. Percayalah.

p/s – adik2 kena ingat, tak sume kawan2 adik2 dapat masuk kolej/kampus macam yang adik2 dapat, jadi gunakan peluang yang ada sebaik mungkin ye ^^,

Comments

cik riffa :) said…
thanks kak!
beguna amat ni..
tunggu part 3 pulak :)
SHaFiQ ZaiNaL said…
sy suka jangan ponteng class je..hehehe
kathy said…
cik riffa - sama2 ^^,

shafiq - point yg ok sgt2 kan??hee~

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.