klik sekali~

Wednesday, April 27, 2011

Bila Excuse Me dikatakan Kiss Me.

assalammualaikum & hi.


adik = anak buah aku yang baru masuk tadika awal tahun ni. dan balik dari sekolah dia akan stay kat umah aku sebab mak yang jaga.


ni cerita masa dia baru mula2 sekolah, dan ikutilah perbualan antara dia dengan mak & bapak. *sebab diaorang adik beradik panggil nenek & atok diaorang mak & bapak*


adik : assalammualaikum.


bapak & mak : wa'alaikummussalam.


adik terus bukak kasut dan stokin sebelum melangkah masuk ke rumah. memandangkan bapak duduk di kerusi dan kaki bapak seolah - olah menghalang laluan adik maka dengan penuh sopan santunnya adik berkata,


adik : kis me pak! kis me.


bapak : mana lah bapak ada kis me (gula2 kiss me) dik.


adik tak menjawab tapi terus lalu depan mak pulak lalu berkata,


adik : kis me mak! kis me. *sambil menundukkan badan*


mak : bukannya dia nak mintak gula2 kiss me tu bang, tapi dia nak cakap excuse me!


bapak : mana la tau kan!


moral of the story, kadang2 perkataan yang kita gunakan itu kurang tepat dan menimbulkan salah faham antara kita dan orang yang mendengarnya. jadi berhati - hatilah dalam menyampaikan sesuatu perkara. supaya tidak timbul salah faham ^^,


p/s - sekarang ni adik dah tahu sebut excuse me! *jom tepuk tangan untuk adik*

4 comments:

mizzkechique said...

MK lak kalau kepala gila dtg, sebut exercise me.. haha

fyezah hasbullah said...

lol . budak kecik .. HAHA.. lawak .. lawak ..

Kathy said...

MK - hehehe ^^,

fyezah - tu la pasal..nasib baik budak kecik kan? huhuhu~

Azlan Hasan said...

alaaa...sweetnya bile budak2 salah ckp camtu..hehehe :)

Regards,
-Strider-