klik sekali~

Tuesday, April 5, 2011

Tips Untuk Bakal Warga Kampus.

Assalammualaikum & hi.

Bulan lepas SPM dah keluar. Mesti ramai adik2 kita tengah tunggu panggilan untuk menyambung pelajaran sama ada di matrik, kolej atau university. Tak kurang jugak ada yang nak sambung STPM.

Jadi, sebelum melangkah ke alam kolej atau sebagainya, baik adik2 baca dulu tips ni ^^,

Buat medical checkup atau pemeriksaan kesihatan.

Sebelum mendaftar, lebih baik adik2 buat dulu medical checkup. Bila dah buat jangan lupa lak nak bawa laporan doktor dan x-ray tu. Sebab tanpa medical checkup ni mungkin adik2 akan menghadapi masalah masa mendaftar nanti.

Alamat dan nombor telefon asrama.

Pastikan adik2 sume dah bagi alamat asrama dengan nombor telefon asrama sekali. Bukan apa, jika ada sebarang kecemasan mudah untuk ahli keluarga untuk menghubungi adik2. *yela mana tau parent tak dapat call korang ke*

Beli barang keperluan.

Jika adik2 ada kenderaan sendiri bolehlah membeli terus barang keperluan seperti baldi, serbuk pencuci dan lain2. Tapi jika tak ada kenderaan adik2 boleh membeli keperluan tersebut kat koperasi kolej atau university tempat adik2 menyambung pelajaran.

Bawa wang belanja yang mencukupi.

Sebaik – baiknya, bawa wang belanja yang mencukupi untuk 1 bulan pertama. Sebab nanti mesti adik2 perlu membeli nota fotostat, membeli buku dan bahan2 yang sepatutnya untuk kuliah.

Bersabar, bermesra & bertolak ansur.

Jika dah masuk ke alam U atau kolej. Adik2 akan berjumpa dengan ramai teman baru, jadi adik2 perlu belajar bersabar, bermesra & bertolak ansur sesama teman sebilik dan sekelas. Elak daripada bermasam muka ye.

Bawa pakaian yang sesuai dengan kod pakaian kolej/kampus tersebut.

Adik2 perlu peka dengan kod pakaian tempat adik nak sambung belajar. Memang ada kolej/kampus membenarkan pelajar mereka memakai jeans & t-shirt untuk ke kelas tapi ada juga kolej/kampus hanya membenarkan pelajar mereka memakai pakaian formal.


Haa~ itulah antara tips yang Kak Kathy *bukan main KAKAK lagi* korang ni nak share. Banyak lagi sebenarnya tapi biarlah bagi sikit dulu ye. Dan info ni Kak Kathy dapat dari Majalah Remaja keluaran Mac 2002. *peh dah dekat nak 10 tahun -.- tapi tips ni masih relevan lagi. Heeeee~

p/s – pada adik2 yang tak berjaya, jangan kecewa. Banyak lagi masa untuk memperbaiki apa yang kurang.

5 comments:

aNiss :):) said...

terima kaseh akak sebab sudi kongsi tips nie :)

cik riffa :) said...

thanks kak ;)


recent post ;

yuppiyupiyu ke UPU ?

Jack said...

thanks atas tip tu..saya ni tengah tunggu surat tawaran...hehe..boring dah duduk rumah ni..xda buat pa2..haha

munirah said...

nice tips :) nak tambah lah tapi..kalo dah rase rumah tu jauh dari kolej u or matrik ke..bawak lah barang secukupnya :D and sediakan mental and fizikal :)

kathy said...

tq sume sbb singgah sini ^^, tips ni mgkin boleh membantu sikit je kut..huhuhu~