Sate Kajang Kat Masjid Tanah, Melaka.

assalammualaikum & selamat malam.

errr.. tiba2 je aku teringin nak makan sate malam ni. kalau dah kahwin + mengandung + mengidam, boleh jugak menggedikkan diri kat suami tuk carikan sate malam2 macam ni. heeeee~

kalau nak menggedikkan diri dengan mak & bapak aku ni, sah2 dia orang cakap aku ni mengigau tengah2 malam. *yela, kat rumah aku ni kul 9.30 malam dah macam kul 2 pagi. sebab sume dah masuk tido -.-'

tapi tak apalah, untuk membalut jiwa dan raga yang masih berguling2 nak makan sate, maka aku makan jugaklah sate menggunakan deria mata. korang nak join sekali?? meh, kita sama2 makan sate ni dengan mata ye! *faham ke tak maksud aku ni?? dah tak dapat makan so kita tengok jela gambar sate ni. kiranya mata kita jela yang makan.* huhuhu~


sate ni nama nya Sate Kajang. tapi bukan Sate Kajang Haji Samuri tau. ni sate kajang tapi area Masjid Tanah, Melaka. besar2 lak tu. masa ni Abang Dilah order 40 cucuk untuk makan 5 orang. 20 cucuk ayam dan 20 cucuk daging. masa ni aku makan more than 10 cucuk ^^,

apa2 pun, aku bersyukur sebab masih berpeluang menikmati sate yang maha sedap ni. yela, tak sume orang bernasib baik macam kita kan? ermm.. muhasabah diri jap..

p/s - tapi kat Kuching ni ada Sate Cekor! sedap yang teramat sangat2 :) bila la nak pegi makan ni -.-'



Comments

cik riffa :) said…
ni yang buat sy rindu nak balik msjid tanah ni..hhe ;)
sedapnye ..lama xmakan satey uhuk2 lapoo
dark r0se said…
aikkk? ade jugak ek? kite org melaka pown tak tahu!:P
kathy said…
cik riffa & qaseh - nanti kita g makan sama2 ye *bila la tu kan??* huhuhu~
Ms. Ann said…
ada sate kajang dekat masjid tanah... best makan kat situ... anne dah 2 3 kali gi kat situ...

yang best ader ikan patin besar giler.....

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.