Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 1)
Sebaik sahaja balik dari kuliah, aku terus balik ke bilik dan membersihkan diri. Ida, teman sebilikku tidak ada di bilik kerana dia menjalani latihan di stadium mini kolej. Lagipun dia merupakan atlet harapan kolej untuk acara larian berpagar 110 meter. Tapi Ida memang aktif, tak macam kau ni. Aku memang malas sikit kalau bab – bab bersukan ni. Tapi badan maintain cun okay! Puji diri sendiri lah pulak.
“Hai Lia!” tegur Ida yang tiba – tiba muncul di sebalik daun pintu. Aku sedikit tersentak. Minah ni, kalau ye pun bagilah salam dulu ke, ketuk pintu dulu ke. Ini tak main terjah je. Dah macam segmen “Terjah” yang dalam Melodi pulak dah.
“Manusia jenis apalah kau ni? Orang masuk bagi salam lah dulu, ini tidak. Nasib baik kawan kau ni tak ada penyakit jantung, kalau tak makan nasi free la kat rumah aku.” Ngomelku. Ida hanya tersengih. Ingatkan nak mintak maaf tapi dia boleh buat tak layan jer apa yang aku cakap. Eeee, memang tak makan saman betul lah dia ni!
“Eh, kenapa kau tak datang tengok aku buat latihan kejap tadi? Aku rasa ini kali ke seratus dua puluh aku tunggu kau datang tapi tak jugak muka kau muncul kat stadium.” Tanya Ida sambil mencapai tualanya.
“Banyaklah kau ke seratus dua puluh. Aku ada kelas ganti petang tadi. Last week kan Prof. Azfar tak ada so dia ganti kelas petang tadi.”
“Ermm, yelah. Kejap lagi lepas aku mandi, aku solat kejap and after that kita pergi makan okay? Aku lapar dah ni,” ajaknya. Aku hanya mengangguk kerana perutku juga mula bernyanyi yang aku sendiri tidak tahu irama apa.
bersambung ^^,
Comments