Permainan Dulu – Dulu.

Assalammualaikum.. 


Korang, masa kecik – kecik dulu pernah tak main perangkap – perangkap macam dalam gambar kat bawah ni? Aku tak ingat dah orang panggil apa tah main ni. 



abaikan rupa gambar yang kurang menarik ini T_T


Masa aku sekolah rendah dulu mainan ni boleh tahan jugak femesnya. Habis buku latihan matematik jadi mangsa. Kehkehkeh. Selalunya koyak yang belah tengah – tengah buku tu lah. 


Main ni nampak je senang tapi sangat menguji minda. Kalau silap sikit, senang – senang je pihak lawan kepung kawasan kita. Kan?


Aku ada try tanya anak buah aku mainan ni, tapi dia cakap dia tak tahu pun. Tapi bila aku tanya pasal game Angry Bird, laju je dia cakap dia tahu. Sah! Zaman dah berubah. Betul tak?


Ada lagi satu mainan yang aku suka. Iaitu main patung kertas ni. Cer tengok gambar kat bawah. 



gambar ni diculik daripada google..


Sape yang pernah main ni mesti dia tahulah kut macam mana main dia. Selalunya budak pempuanlah main. Aku dulu selalu beli kat kedai yang ada kat kampung aku tu. Main ni kita leh tukar baju – baju patung ni. Tapi sekarang takde lagi aku jumpa patung kertas ni. Korang ada jumpa tak? Kalau baby doll yang kemain mahal tu memang berlambak. Huhu. 


Sebenarnya banyak lagi mainan masa kecik – kecik dulu yang aku rasa dah makin pupus pada masa sekarang. Bila bukak cerita masa zaman dulu kala, terasa nak balik zaman tu je. Walaupun tahu itu agak mustahil T_T 


p/s – makin lama makin jarang updated blog -.-'







Comments

fRaMe+LenSeS said…
y atas sekali tu mmg pebret nadh dlu. ehhe. :D

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.