Kompelen/Complaint.

Assalamualaikum..


Aku ni memang spesis yang suka sangat cuba masakan baru. Konon – kononnyalah. Tapi masalah problemnye, masakan pertama yang aku buat mesti menuju ke arah kegagalan bin ketidaksedapan! Oh, sungguh kesiankan? Tapi itulah hakikat yang harus aku terima. 


Jadi, untuk tidak memalukan diri di depan abang – abang aku yang boleh tahan jugak nak ‘membahan’ orang, maka dengan sedaya upaya aku olah masakan tu menjadi lebih berjaya bin lebihsedapsikit.  Supaya aku tidak dikritik atau dikompolen oleh masyarakat yang ada dalam rumah aku ni.   


Dan dua menu yang telah menjadi mangsa aku adalah yang pertama….Bihun Sup! ok, sebenarnya aku nak buat nak buat bakso. Tapi aku salah buat sup dia. dari sup bakso terjadi pulak sup ayam. nak tak nak aku olah bakso tu jadi bihun sup je (u_u)



 bakso yang telah bertukar menjadi bihun sup -.-'


Menu yang kedua Nasi Krimis! Pernah tak korang makan nasi krimis? Hurm, sebenarnya aku nak buat nasi briyani. Tapi bila makan takde rasa nasi briyani pun. Adeh! Jadi aku pun letak banyak sikit kismis dalam nasi tu. Jadilah nasi krimis. Huhu. 



 nasi briyani yang telah kecik ati terus mahu jadi nasi krimis T_T


Nasib baik takde sape yang menanya pasal kenapa bakso dah macam bihun sup, kenapa nasi briyani takde rasa nasi briyani. Kalau dorang tanye, terpaksa jugaklah aku buat pengakuan berani mati. Cakap yang aku silap buat resepi. Hehe. Tapi walaupun berlaku kekeliruan antara masakan – masakan ni, alhamdulillah sebab bihun dengan nasi tu masih dapat diterima lidah oleh orang rumah aku ni. 


Kalau dorang kompelen, terus aku mogok tak nak masak lagi dah. Haha. Melampaulah tu, kan? Takdelah sampai macam tu. Biasalah dalam hidup ni mesti ada masa kita kena kompelen. Tak kisahlah pasal apa sekalipun. Betul tak? Memang takde manusia yang perfect tapi kita jangan jadikan alasan itu untuk menidakkan terus kata – kata teguran orang lain. Mungkin yang ditegur dorang tu ada betulnya.


Cuma orang yang menegur tu janganlah over sangat. Jangan asyik nak buat ayat sentap je. Budi bahasa kan budaya kita?  (^_^)V


k lah, bye - bye! 

Comments

ainnoraini said…
Tak kisah laa walaupun kurang menjadikann..
Janji boleh makan...
ieda said…
wah baksooo tu menyelerakan lah dik ;)
ieda said…
sedap tuu .. dah lama x makan baksoo dik
tapi bakso dgn mee hun sop memang lebih kurang same ;)
Macam sedap jak ya, hee. Sik hal mun sik menjadik, boleh try gik kelak nak?? Hee. Kmk pun selalu masak sik jadi. Apa la nasib. Mun mok madah sik pandei masak, sik juak. heee..owtedah kmk tek. :)
Namee Roslan said…
hehe, takpe pun. at least cik kathy tahu masak. yang complaints tu jangan nak lelebih sgt. nnti cik kathy takmau masak terus baru tahu . hehe :)
hamzah ian said…
kalu org len komplen, aku wat dono je..hehe
Pak Udak Dilah said…
ok not bad...Nak buat kuah bakso kena guna air rebusan daging. Pastu jangan lupa masukkan Perencah Sup Adabi dan Kacang tanah yang dah dikisar. Mesti sedap.
labulabi said…
nak tetak lok.wakakakaka.ada2 jak kitak.camne la bleh sik jadi.mun kmk tek kompom terperasan awal2 mun bab makan tok.sebab kmk nang cerewet bab makan.hahaha
intan_blur said…
slm singgah..ya betul..intan paling kecik hati klu org tegur..hahahhahahha..;) sbb hati intan ni kecik la sgt..;)

intan follow sini
keep in touch yaaa!!
Liza Razak said…
nampak sedap je.. janji berani mencuba :)
ajak said…
asalam ... salam kenal ... saya new bie ... dah jadik follower awak ... sudilah kira nya menjadik follower saya ...tq.
Nieda said…
SAlam Katy . kenapa sunyi tanpa cerita ni? Sibuk ke?

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.