Maaf, Kita Orang Hanya Hidangkan Kek.

 assalammualaikum & hi~

Beraya kat sini rasanya beza sikit dengan kat semenanjung kut. sebab kat sini kita orang hanya hidangkan air bergas, kek lapis or kek kukus, biskut – biskut raya & beberapa jenis manisan. Ni aku cakap berdasarkan pemerhatian aku ye. 

Memang tak ada soto ke, bihun sup ke, lontong ke. Serius, tak ada! Kalau ada pun masa raya pertama. Kalau tak pun masa buat open house. Baru ada makan makanan yang berat macam lemang, kuah kacang, nasi beriani, rendang ayam, daging masak hitam dan apa saja yang sama waktu dengannya. Makanan spesis mee memang jarang dihidang T_T


next year nak hidangkan soto lak lah ^^


Macam kat rumah aku kek je ada  5 jenis kek yang buat sendiri. Belum termasuk yang kakak aku bagi dan yang kakak ipar aku beli. Mau jugak 8 – 9 jenis. Biskut raya pun lebih dari 5 jenis. Yela dah kakak ipar 4 orang mestilah meriah kek & biskut raya yang menantu pempuan mak buat. Adik ipar diaorang ni hanya ‘tolong makan’! teehee. Kenapa banyak sangat?? sebab macam yang aku cakapkan tadi kat sini lebih kepada fokus kepada kek, biskut. 

Walaupun makanan dan minuman yang kita orang hidangkan tu kureng berkhasiat tapi kalau tak ada sume ni rasa tak beraya je. Ceh! Sampai macam tu sekali kan? Tapi memang betul. Tak rasa raya kalau tak minum air bergas! Hihi.



 
ni aku ambik dari google. yang kat umah aku nannti aku upload ^^

Jadi, bagi yang baru je beraya kat sini jangan pelik dan hairan ye. Memang macam nilah budaya kita orang. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Eh, ada ke pepatah macam tu? tak kisahlah. Yang penting korang fahamkan? (^_^)v 

ke sama raya kat sini dengan kat sabah dengan semenanjung??
 

p/s – card reader tak tau mane letak. Jadi tak dapat nak masukkan gambar beraya -.-'


Comments

sukanya kek lapis srwk..

nak beli jauh sgt..

beli dri sana mmg sedappp!!
assalammualaikum.. mena2.. srwk lain dgn semenanjung.. perayaan sama tapi cr kita smbt lain.. :"). tapi kmk cuba ganti air gas jadi air lain.. oren etc. sebab kesian nangga mbiak msti sakit perut lepas raya.. just like my sibling.. mun nasib terus demam.. wlpn terpksa bersusah skit its oky, janji x dtgkn mudarat.. :").. n paling best setiap kali balik bangi, kmk akan jaja kuih lapis kita... haha! semua igtkan kmk utk mbak kuih lapis... apapun, kita ng kaya dgn kek nak? sebab ya mala hidang kek..
Namee Roslan said…
hey txs for sharing. em tentu sekali cara kita berbeza kan. even di negara lain pun sambut raya juga tapi hidangan nya berbeza. :) kek lapis sedap..itu yg special sambut raya di sana. :) kt semenanjung banyak hidangan tapi sekali sekala kalau buat kelainan..bagus juga kan :)
Kathy Tuah said…
nuyui - tau xpe.. beli kat cni gak sedap kan?? hee~

fathin - wslm..yalah owh, kta ctok nang mewah dgn air bergas.. kdg2 ada juak cdak request air lain sebab x tahan minum air bergas..mun d semenanjung nang gago cdak berpesan mbak kek lapis..kira trademark kita lah owh?? hihi..

namee - so, nanti namee hidangkan kek lapis banyak2 tau..pastu sy kat cni hidangkan lontong..hahaha..
♥ Dea ♥ said…
mena ta ktk..xpuas mun xminum aek gas..:)
El-Janna said…
bila la dpt makan kek lapis ni:(
Kathy Tuah said…
dea - kan?? bok rasa raya ^^

el-janna - dtg la beraya kat cni :')
Elih Japahar said…
Awak sarawak kat mana?..4 hari berpusing-pusing melawat open house di kuching ni haha...lain kali jemput sy ye
Kathy Tuah said…
sy kat area batu kawa..raya kan sebulan so jmputlah dtg ke rumah ^^

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.