Kehilangan (2) | Kisah Benar.


assammualaikum & hi~ 

Pagi tadi aku ada citer sikit pasal kisah benar yang terjadi dalam family kita orang. Jadi ni aku nak sambung lagi. Entri ni agak panjang sebab tak ada sambung – sambung dah..

Berbalik pada citer tadi. 

Jadi ‘dia’ bernama Muhd.Daniel Firdaus. Tapi…

Mak bagi tau ‘dia’ terpaksa dimasukkan ke icu. Sebab ada masalah usus. Aku tergamam. Lantas telefon kucapai. Jejari pantas menekan keypad telefon. 

‘kak, sabar ye. insyaAllah xde apa.’ 

hanya itu sahaja kata semangat yang mampu aku kirim. Walaupun jarak hospital ke rumah kami tidaklah sampai 30 minit pun, tapi memandangkan tetamu masih bertandang di rumah dan bapak kurang sihat memaksa aku untuk tidak melawat kakak di hospital. 

Selepas subuh pada raya ke – 9 bersamaan 18 september 2010 aku dikejutkan dengan panggilan daripada mak. 

‘deng, kakak call. Suruh pegi hospital sekarang.’ arah mak. 

Tanpa banyak bicara aku terus bersiap. Memandangkan abang is menemani kakak di hospital membuatkan adik dan abang stayed di rumah kami. Jadi, pagi tu aku pegi hospital dengan abang akil (abang sulung), kakak ani (isteri abangku no dua, abang amit), mak, adik dan abang. 

Sampai di hospital kami terus ke bilik icu. Tapi sayang, kami tidak dibenarkan masuk. Namun tidak lama kemudian aku nampak bayang kakak menuju ke pintu. Melihat sahaja wajah kakak, air mataku sudah jatuh membelah pipi. Melihat kakak keluar, mak pula masuk ke dalam melihat ‘dia’.

“macam mana dengan baby?” cepat sahaja abang akil bertanya. 

“doktor cakap ‘dia’ dalam keadaan kritikal.” Sayu sahaja suara kakak yang sudah pun berpaut dibahuku. 

“Bu, kita orang nak tengok, baby.” Laju sahaja adik berkata. Abang sudah mengangguk. Mengiyakan kata – kata si adik. 

“Baby sakit. Adik dengan abang doakan baby cepat sembuh ye,” hanya itu balasan daripada kakak. 

“baby sakit apa bu?” tanya si abang pula. Kakak hanya mendiamkan diri. Kak ani sengaja mengalih perhatian kedua adik beradik itu. Di bawanya mereka berdua duduk di kerusi tidak jauh dari situ. Tidak lama kemudian mak keluar. Dan mak menuyuruhku masuk ke dalam. 

Dengan langkah yang penuh hati – hati aku pergi dekat ke katil ‘dia’. Sampai sahaja di situ aku tergamam. Apa tidaknya dengan badan sekecil itu tapi sudah dililit dengan pelbagai wayar. Hati mana tidak sayu melihatnya.

Ya Allah, kuatlah semangat si kecil untuk terus berjuang. Daniel, cepat sembuh ya sayang. Usu tunggu Daniel. Bisikku dalam hati. 

Setelah berada di sana dalam sejam lebih. Kami semua bercadang untuk balik. Tambahan mak ada untuk menemani kakak. Tapi baru sahaja kami semua sampai ke lobi hospital, telefonku berbunyi nyaring. Lantas kusahut cepat apabila tertera nama mak di skrin telefon. 

“Daniel dah meninggal.” 

Aku mengucap panjang. Belum sempat aku mengatakan apa – apa abang akil sudah pun menuju ke lift semula. Mungkin dia sudah faham. Di bilik icu tadi aku diterpa kakak. 

“deng, kenapa Allah uji kakak macam ni?” rintih kakak. Lantas tubuh kakak kupeluk erat.ya, dalam keluarga kita orang, kakaklah yang paling banyak diuji sejak dia berumah tangga.

“sabar kak. Allah lebih sayang ‘dia’ dan Allah sayangkan kakak. Allah tak akan menguji diluar kemampuan kakak.” Pujukku dalam sedu. 

“tapi kenapa kakak?”

“sebab kakak antara insan yang Allah beri perhatian. Dia nak lihat ketabahan kakak. Tak semua orang rasa apa yang kakak rasa. Sabarlah, jangan lupa kakak ada lagi adik dengan abang.” pujukku lembut. Walaupun aku sendiri tidak pasti bagaimana keadaan ku jika aku ditempat kakak. Abang akil dan kak ani turut memberi kata semangat dengan kakak. Dan masa itu juga aku merapatkan diri pada adik dengan abang yang tersandar di dinding. 

“adik, abang. mari sini. Usu nak cakap sikit.”panggilku lembut. Mereka berdua masih hairan dengan keadaan kami semua yang sedang menangis. 

“abang, adik..baby dah tak ada. Allah dah ambik baby.” Beritahuku sambil berlutut untuk sama tinggi dengan mereka berdua. dua - dua ku peluk penuh kasih. teringat ketika kakak masih mengandung. masa tu mereka berdua lah semangat benar nak jumpa baby tapi sekarang...

“baby pegi mana?” tanya adik. Sedikit pelik.

“baby dah meninggal ke su?” tanya abang pula. Mungkin abang sudah faham apa yang berlaku. Aku menggangguk lemah. Masa tu aku dapat lihat kedukaan di wajah abang. tiba – tiba dia menangis. 

“dik, baby dah meninggal. Baby kene masuk kubur.” Abang pula memberitahu adiknya. Mungkin penyampaian si abang lebih berkesan membuatkan adik yang tadi kelihatan cool mula merengek lalu menangis. Kakak turut merapati kedua anak –anaknya. 

“adik, abang, baby dah tinggalkan kita.”

Kali ini tangisan mereka berdua menjadi satu. Beberapa orang yang lalu lalang di situ pasti dapat menduga apa yang berlaku walaupun sekadar melihat tangisan di wajah kami semua.
Aku hanya mampu memandang ketiga anak beranak itu. Akhirnya pada hari itu kami telah kehilangan ‘dia’. Al-fatihah. 

p/s – aku rasa macam buat cerpen je dengan ayat macam ni. Tapi tu yang terjadi. Benar – benar terjadi.dah setahun arwah tinggalkan kami..


Comments

labulabi said…
adeh2.sedih kmk maca crita kitak eh.semoga kakak kitak dan seisi keluarga tabah menghadapi dugaan semcam ya.salam takziah.A-lfatihah..
Qhaifa Nur said…
al-fatihah...

dah follow
Mizz ErMa said…
semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
aiman mania said…
setiap yg hidup pasti akn menemui kematian.......cuma tak tahu cara bagaimana allah amik nyawa kita ...............takziah ya?
Pendamba Mawar said…
hurm.walaupun saya tiada kaitan dengan kaluarga anda..tapi cerita anda mampu buat sy mnitiskan airmata.. sbarlah..yang pergi tetap pergi. al fatihah. mungkinAllah lebih menyayangi 'dia'.

al fatihah
eeir said…
alfatihah. moga daniel ditempatkan dikalangan org-org yang beriman. mungkin ada hikmah ats segala yang berlaku .
wahida said…
ya allah...sedihnya baca n3 ni...

al fatihah pada arwah...
emarieys said…
Al-Fatihah

sangat sedihkan..kesian abang dan adik
alfatihah.Insyallah tempatnya di syurga.ye betul Allah tak kan beri ujian kalau kita tak mampu menghdapinya.
Namee Roslan said…
:'/ em ala kenapa entry sedih ni. baca dr part 1..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.