klik sekali~

Sunday, September 25, 2011

Nilai Duit Dulu Dengan Duit Sekarang.

assalammualaikum & hi~

Pada suatu hari..

“abang, tolong belikan usu telur kat rumah nek udak kejap.”
“berapa bijik?”
“sebijik cukuplah. Nak buat meggi jap gi.”
“okay, upah jangan lupa.”
“20sen cukup?”
“usu, London choco roll tu je dah 30sen.”

Cis! Aku dulu makan kopok tam – tam je. Dahlah kedai makcik aku tu tak sampai sejengkal dari rumah.


kopok tam-tam kegemaran masa kecik-kecil dimana masa tu tak kenal lagi apa itu cinta :') eh.xde kaitan!

“so, nak upah berapa?”
“50sen.”
“baik usu pegi beli sendiri!”

Tapi.... akhirnya aku makan meggi tanpa telur T_T

Masa aku makan meggi tu aku duk fikir nilai duit dulu dengan sekarang. kalau dulu aku dapat upah 20sen kemain seronok lagi. Dapat beli choki – choki dengan eskrim. Ko jangan nak fikir eskrim magnolia ke apa, ni eskrim buatan sendiri. Yang orang buat bungkus kecik – kecik tu. Macam dalam gambar kat bawah.


 eskrim kegilaan masa kecik dengan harga seposen sekarang dah 20sen!

Aku jugak selalu dengar mak aku cakap, dulu kalau beli barang rm50 kemain banyak lagi barang tapi sekarang tak sampai 2 barang dah cecah rm50. Dunia..dunia..okay,berbalik pada kisah anak buah aku tadi yang duk menumpang sekali makan meggi dengan aku. aku sambung la tanya dia itu ini itu.

“berapa ibu bagi duit belanja sekolah?” tanyaku.
“singgit!”

Mak aii! Aku masa form 1 baru dapat duit belanja singgit. Dia baru darjah 3 dah dapat singgit. tapi bila difikirkan balik, barang sekarang ni bukannya murah. dengan 50sen entah apa je dapat budak beli kan?

“tapi abang ada bawak bekal kan?”
“ada. Tapi bekal makan time rehat. Time rehat kantin penuh, jadi orang tak nak pegi kantin!”
“habis tu duit yang ibu bagi?”
“duit tu untuk belanja sebelum masuk kelas dan selepas habis kelas. Kat kantin makanan mahal,pastu sikit,dahlah tak sedap.”

Wah, dah pandai mengadu. Tapi tu la budak sekarang kan? cepat mendewasa. Aku dulu main bedal je makanan kat sekolah. Asalkan cukup buat alas perut. Sudah. 

“selalunya beli apa?”
“kopok,tak pun gula – gula kaki. chewing gum, kopok alibaba, rokok!”
“what?! Rokok?”

Mahu nak terkeluar meggi dari lubang telinga dengan lubang hidung aku dengar anak buah aku cakap cenggitu. 

“ala, rokok gula – gula tu la.”
Oh,ok! 

See. Bukan main bergaya lagi jajan budak – budak sekarang. aku dulu kenal dengan gula – gula yang beli seposen dapat 2 bijik. Sekarang ni diaorang tak layan gula – gula cenggitu.tapi nak buat macam mana kan? zaman dah moden, tak kan ko nak old-skol lagi -.-'


 ni yang paling aku suka makan tapi kejap je habis sebab aku takleh nak kemam lama - lama. kene gigit terus baru ada feel =)
p/s – sejak aku kat balik kuching ni aku duk layan anak buah je, jadi banyak jugaklah ilmu budak sekarang ni aku kutip. Saja nak tengok perbezaan dengan zaman aku dulu kala. 

p/s lagi - sumber gambar dari google kecuali gambar eskrim!

14 comments:

Salwa said...

haha.gula-gula tu selalu beli bile balik skolah agama. Duit blanjer bawak 10 sen je pun cukup. Sekarang budak2 bukan main darjah 1 dah singgit kau.

Kathy Tuah said...

kannnn??ngade2 je budak sekarang..hehe

Namee Roslan said...

sangat betul kathy. adik namee duit belanja rm5.namee dulu rm1.50 dengan sekolah agama dengan belanja. dulu kopok lekor satu 10sen. skang ?? haaa, singgit lima.

Elih Japahar said...

Dulu masa sekolah rendah, mak bagi 50sen jak sudah kenyang..boleh beli nasi lemak dan mee bungkus tu..

sekarang 50sen bayar masuk tandas jak pun sik cukup haha...*ckap sarawak ari ni boleh :P

Kathy Tuah said...

namee - jauh lari kan? sabar jelah..hehe..

elih - nang bena kata ktk ya..haha
p/s : pasni ckp srwk je ye ^^

Kuasai Minda said...

Masuk tandas sekarang pun dah 30 sen. Dulu 5 sen je...
Abah KM dulu (arwah dah) selalu kumpul duit 1 sen. Kalau pegi mana-mana dengan dia dan kebetulan nak ke tandas awam, dia akan keluarkan duit 1 sen dari poket kecil dia dan bayar. Tapi sekarang, 1 sen sudah tidak bernilai lagi...

Kathy Tuah said...

tau xpe..kat umah ni pun anak buah sepahkan je duit 1 sen..kita ni gak yang kutip..ermm..

echa takashimaya said...

rindu eskremmm malaysiaaaa.mana nak cariiii skarang ni?ayoooo....

Pendamba Mawar said...

sekarang taraf ekonomi da meningkat nilai matawang pun menurun.hehee..
ekonomi plak..haha

jadi tak pelik la lagi dua tiga tahun budak2 sekolah rendah bawak RM5 untuk blanja sekolah

Hana Hamzah ((✿◠‿◠) said...

sy dulu duit skolah 50 sen je 1 hari...
pas tue tak brani nak mintak mcm2 jajan kat parent..
brani mintak 10 sen je nak beli ais krim... tue pun penat mntak br dpt..
adik sy yg kecik.. mner ader mntak 10sen lg... skali mintak rm1 paling skit... mmg b'beza dl ngan kini

Kathy Tuah said...

PM - dua tiga tahun lagi??turn anak2 sy lah tu..adoi!!

hana - tau xpe, duit seposen mcm xde nilai je bagi diaorang kan? ermm..

Kathy Tuah said...

echa - kat umah sy ada ni..echa nak ke?? kalau nak, meh sini ^^

eva said...

aie mek suka gulabatu ya koh.. nang mena pdh ktk, mok slow mkn ya bok feel hehe..

Kathy Tuah said...

hahaha..nyaman owh gulabatu ya..lamak dah x makan..huhu