Tentang Pengalaman Pertama.

Assalammualaikum..



Tahukah anda, novel CAHAYA QASEH sudah boleh didapati di booth Karyaseni di Pesta Buku di PWTC? Bagi yang belum mendapatkannya, silalah dapatkan secepat mungkin. Okay? (iklan daripada penaja ;D



1 Mei 2012 adalah merupakan detik yang sungguh bermakna dalam hidup aku. Walau bagaimanapun.. eh, kenapa macam skema je ayat mukadimah ni? Tukar. Tukar. Okay, kita start balik ye.. Ehem~



1 Mei hari tu, aku ke Pesta Buku. Yeah, macam yang sebilangan korang tau yang novel pertama aku baru keluar dan sesi tandatangan aku pada 1/5 dan 5/5.. Jadi, inilah pertama kali aku facing dengan readers pastu sign novel aku sendiri. Masa tu Tuhan je tau pergolakan dalam hati aku. Malu + Takut + Segan + Rendah Diri, semua ada :')



Yang tak boleh blah, masa aku datang kat booth Karyaseni(KS) tu aku siap tanya lagi dengan staff KS sama ada novel aku ada tak. Konon - kononnya berlakon jadi pembacalah. Hehe. Sebab aku tengok kat rak novel aku takde lagi. Karang tak pasal - pasal aku sign kat baju readers.. Yelah, teruja punya pasal nak sign - sign. Haha. Gila! 







Nampak macam gigih je kan aku sign. Tapi kalau korang tengok tulisan aku, konfem korang cakap tulisan budak sekolah rendah -.-' sebab tulisan aku seketul - ketul. Ciri - ciri kematangan tulisan memang takde dalam tulisan aku tu. Sadis betul~





Nampak tak si pemakai baju merah tu? Novel yang dia pegang iaitu Suami Aku Ustaz memang jadi pilihan pada sape - sape yang singgah kat booth KS. Jualan macam pisang goreng panas. Kejap - kejap readers tanya, kejap - kejap readers tanya. Memang tabik spring potatolah kat penulis dia.



Tapi si pemakai riben coklat tu pulak, asyik pasang telinga je. Mana tau ada orang tanye novel dia jugak.. Hehe.






Masa sign kat novel tu, memang tunduk memanjang. Konon - kononnya tekun menulis kata - kata hikmah kat situ. Tapi sebenarnya aku malu tahap gaban. Gaban pun tak semalu aku time tu -.-' Cuma yang aku suka sekali, yang beli novel aku orangnya baik - baik. Peramah dan dorang pulak yang approach aku. Hihi.



Pada yang tahu aku ni penulis baru, siap bagi kata - kata semangat lagi untuk aku terus berkarya. Dan ada jugak dua tiga orang yang follow di blog sudi tegur aku =)







Gambar kat atas ni pulak student UiTM Shah Alam. Course Mascom kalau tak silap. Sesi interview ni salah satu dorang punya tugasan/ assignment sebenarnya. Dorang datang sebelum pukul 11 pagi lagi tau. Sedangkan slot aku pukul 11-12:30 sanggup tu tunggu sebab nak interview aku. Terharu ai :')



Walaupun yang interview ni hanya student tapi feeling dia tetap lain macam. Yelah, dorang cari info tentang aku kat internet. Tak ada janji apa - apa tapi tau - tau je dorang ada. Sesi perkenalan pun kat situ. Nasib baik aku tak feeling jadi Izara Aishah masa tu :D Okaylah, bai~




p/s - Esok aku ada kat booth Karyaseni lagi. dari pukul 11 pagi sampai 12.30 tengah hari. Kalau ada yang pegi ke pesta buku tu, jenguk - jenguklah aku kat situ ye (^_~)V







Comments

kakain ni mmg minat baca novel..harus kene carik ni...
YattAkasah said…
tak dpat jmpe sis kan..hehuuu..thun dpan la..hihik... wah..dbar ye..hehe..nnt ;lme2 cool lakan
wahida said…
lepas ni novel sis pulak diadaptasikan ke drama/filem...amin...
Fazlinil Irma said…
akak langsung tak pegi pesta buku tahun ni. huhuu.

ingat hari last nak pegi, tp badan letih sgt lpas 2-3 hari x tido lena.

last2 hari ahad tu, lpas siap gosok baju mandi bagai. boleh akak landing atas katil. hehe.
Namee Roslan said…
tahniah kathy. bangga dengan kathy. hehe. bangga kita kenal kathy!! hehe. patut buat filem terus ni!! hehe
Annisa said…
kathy.. ada email? mine is qasehqisha@yahoo.com.. mok tanya something~
kathy said…
@khairunnisa ♥

ada kmk email ktk tek :)

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.