Resepi Tom Yam Bersantan.

Assalammualaikum.. 


Aku tak tahulah kalau tom yam tu bersantan di panggil tom yam apa. Jadi, aku guna pendekatan diri sendiri untuk menamakan ia Tom Yam Bersantan ;D


Memandangkan tahap kerajinan aku agak tinggi, maka aku pun ambik gambar macam mana nak buat tom yam ni. Oh ya, ini versi aku tau. Bukan versi Aaron Ajis atau Peyjal Ismail. Jauh sekali versi Cik Ta Ti Tu -.-'


Okeylah, ni list bahan - bahannya :)


2 bungkus tom yam pes. Sukahati nak guna jenama apa. 
Santan kotak. Kalau guna santan perah dengan kudrat pun boleh.
Sotong
Udang
Kubis
Tomato ceri. Kalau takde tomato ceri, korang guna jelah tomato anggur atau tomato durian. Janji TOMATO
Lobak merah atau bahasa omputihnya carrot.
Kacang holland. Tapi betul ke kacang dalam gambar tu kacang holland? Erk.
Cili padi.
Serai.
Daun limau purut.
Bawang putih.
Air.
Garam secukup rasa lidah korang.





Gambar kat atas ni rupa bahan - bahan yang nak digunakan. Bawang putih, serai dan cili padi tu hendaklah diketuk sampai pengsan ye. Kalau tak pengsan, tak boleh guna.


Cara membuatnya,






Masukkan air dalam periuk. Bila air tu dah panas masukkan pes tom yam. Eh, tom yam Kung Adabi ni tak berapa sedap. Yang sedap pes tom yam Adabi yang biasa tu. Hari tu yang biasanye dah habis jadi terpaksa guna yang ni je.







Lepas tu masukkan semua bahan - bahan dalam gambar kat atas tadi KECUALI tomato. Gambar yang first tu. Dah tu terus campakkan sotong.



 
 
 
Dah masukkan sayur dan sotong, masukkan pulak udang. Kiranya masukkan serentak semua bahan - bahan ni. Sebab aku tak suka biar udang, sotong atau sayur terlalu masak. Jadi, campak je semua sekali. Senang~  Lagipun kalau sotong terlalu masak, nanti dia jadi liat macam selipar jepun -.-'
 
 
 




Bila dia dah mendidih sikit, masukkan santan. Aku letak dalam suku kotak je. Pastu 'mesrakan' dorang dalam periuk dengan menggaulkannya sampai sebati. Perasakan dengan garam sikit.







Bila hati kecil korang rasa tom yam dah nak masak, maka campak laju - laju tomato. Apa yang putih sebelah tomato tu? Itu dinamakan TELUR SOTONG. Serius sedap wey! Ke korang tak penah makan? Eh.







Bila dah bertungkus - lumus bersilat di dapur, jadi inilah hasilnya.. Ye, presentation dia tak cantik. Tapi rasa dia tetap 'cantik', tahu! Itu pun kalau ikut anak tekak cucu cicit aku nilah. Hehe.



Apa - apa pun, baca Bismillah dulu sebelum MASAK. Okey? 


SELAMAT MENCUBA!



p/s - ni hanya blog biasa - biasa. Bukan blog masakan, jadi janganlah assume masakan kat sini superb macam blog yang lain ye. Ini sekadar perkongsian :)


Comments

Fazlinil Irma said…
resepi campak2 tu yg sedap. org yg tahap level confident tinggi je leh buat. ;)
Qhaifa Nur said…
suka makan tom yam...
jarang sekali tengok letak santan...
♥ Elin ♥ said…
b;h juga try nih, x pernah lagi buat bersantan punya.

tp rasanya lemak2 lah ek..
ciK LyndaWawa said…
yobih..alu lapar kmk aih..=]
nur anis said…
telur sotong sedap..suke sangat..hehe...mak saya masak tomyam letak susu..
ejulz said…
waaaa.. dah kenyang jd lapar balit ngga tok.. hehe
Nieda said…
Rajin sungguh anak dara ni memasak.Ni nak makan berapa orang??
Kathy Tuah said…
@Nieda

hehe..utk 3 org makan kak..yg lebih tu leh simpan dalam peti sejuk ;D

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.