Tetap Seorang Pembaca.
Assalammualaikum..
Walaupun pesta buku dah berlalu, tapi kenangan dia masih segar di ingatan. Ewah! Tapi walaupun sekarang dah boleh dikatakan memegang title sebagai penulis novel (ehem ;p) tapi title sebagai pembaca tu tetap dipegang sampai bila - bila.
Jadi, masa di pesta buku aku hanya mampu membeli 13 buah novel dan 1 majalah. Total sume novel dengan majalah ni dalam RM 265.70. Inilah kali pertama aku shopping novel sejak aku hidup di muka bumi ni. Selalu aku beli seketul je novel dekat kedai buku tau. Tu pun setahun dua tiga kali je aku beli. Sebab aku ni bukanlah pembaca novel yang tegar :)
Okay, nilah hasil borongan. Novel Cahaya Qaseh tu saja nak interframe. Nak bagi promote sikit. Kehkehkeh~
Novel JAUH DARI CINTA, TERLERAI KASIH, TEDUHAN KASIH, DATANG PADA WAKTUNYA , KEA, MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA dan SUNAN MUSAFIR telah dibeli berserta dengan tandangan penulisnya sekali. Semangat kan aku ni? Hihi.
Tapi dalam banyak - banayak novel kat atas tu. SUNAN MUSAFIR lah yang agak mencabar nak dapatkan buku dia. Sebab ini edisi terhad tau. Dia guna hard cover pastu dapat poskad dengan kalendar meja untuk tahun 2013 lagi. Nantilah aku buat satu entri khas untuk novel SUNAN MUSAFIR ni. Kenapa sampai nak buat satu entri? Sebab ini merupakan koleksi novel kesayangan aku. Siapa yang ikut perjalanan Laksamana Sunan, dia fahamlah kut apa yang aku rasa :')
Kesimpulannya, walau siapa pun kita dah jadi sekarang ni, kita mesti pastikan kita seorang PEMBACA. Tak kisahlah bahan bacaan kita dari genre yang berbeza, tapi minat membaca tu mesti diterapkan dalam diri masing - masing.
Baca blog ni pun dikira membaca kan? (^^,)V
Comments
okeyhh. jeles.. tp xde makna jeles sbb kalau akak beli byk mcm tu sekali. bukan boleh baca sekali harung. huhu. bestnya dpt murah la kan. plus dpt TT penulis buku.
so..memandangkan akak ni pengunjung tegar mph jusco. makanya belilah novel seminggu satu. :)
nak tanya.. dlm byk2 novel dlm gambar selain laksamana sunan, novel awk dan suami aku ustaz. sila bgtau akak novel apa yg best.
jeles! aritu pesta buku xsmpt nk pegi..
='(
dh lame xbeli novel
Org madah membaca jambatan ilmu....