Resepi Lokan Masak Lemak Rebung

Assalammualaikum..


Aku ingat lokan ni semua orang tahu, rupa - rupanya ada jugak yang tak tahu. Kalau dekat Sarawak rasanya semua tahu kut? Di semenanjung ni aku tak pernah jumpa lagi. Mehlah kita tengok rupa lokan melalui gambar dari Google ni.





Begitulah rupa lokan. Macam tiram. Ada yang cakap tiram sedap lagi daripada lokan. Pada aku lebih kurang je rasanya. Oh ye, lokan yang aku beli RM2 sepinggan (masih dalam cengkerang tau. bukannya isi saja). Kalau dalam macam gambar atas ni mungkin agak mahal sikit sebab dia jual dalam bakul.





Gambar atas ni pulak merupakan Lokan Masak Lemak Rebung hasil buatan aku setelah puas bertanya itu ini kepada Puan Emak. Biasalah kalau kat kampung. Semua nak tanya Puan Emak :') Berbalik dengan resepi kali ni, kita tengok apa bahan - bahanya ^_~


Bahan - bahannya

Lokan (direbus kejap dan ambik isinya) 
Rebung (direbus kejap dan toskan. aku guna rebung yang fresh)
Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, cili besar merah ditumbuk
Santan
1 keping asam keping
Daun kunyit (dihiris halus)
Garam dan perasa secukup rasa
Air jika perlu





Cara membuatnya 

Satukan santan, bahan yang dikisar ke dalam periuk. Pasang api.
Bila santan dah mula mendidih, masukkan terus rebung.
Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan lokan dan diikuti garam dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Biarkan sebentar dan siap!


Ratio bahan - bahan tu pandai - pandailah korang agak ye. Aku ni pun main letak je. Ikut gerak hati kata orang. Ewah ;p Yang penting time masak kena enjoy! Baru masakan tu sedap! 


p/s - baca bismillah yang paling utama :)





Comments

Nieda ramly said…
belum terjumpa dgn lokan...susah nak jumpa kat sini
juls julie said…
wahh nyaman lokan ya ehh..biasa mun balit Mukah nang selalu nangga org berjual tp lamak dah sik membeli...

ehhehe
Isabel Diaz said…
Nyamannya. Kamek suka makan lokan tapi mewk sik pande makan rebong. Hahaha..
ejulz said…
lamak x mkn lokan.. hehe
Norain Mohamad said…
Assalam... kathy.. dekat semenanjung ada je lokan tu.. sedap juga lokan tu.. tp cengkerang je yang besar.. isinya ciput je.. he..he... sedap juga buat sambal...

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.