Keluarga Di Pagi Raya
Assalammualaikum..
Belum terlambat kut nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN pada semua terutamanya pada pembaca blog ni. Di kampung aku line tak berapa nak okey. Jadi, aku peramkan saja segala aktiviti raya yang aku lakukan bersama keluarga tercinta :') Dan sekarang, tibalah masanya untuk menyelongkar semula :p siap sedia dengan entri raya!
Aku mulakan dengan raya pertama. Pagi raya, lepas solat raya macam biasa kita orang kumpul adik - beradik di rumah mak dan bapak.
"hi, saya iqram. usu kathy saya suka panggil saya pendek! mencik!"
Family aku, kalau part bersalam - salaman ni memang boleh banjir satu rumah. Serius. Time ni tak kira bapak, abang - abang aku yang semua gagah perkasa termasuk abang ipar, semua akan nangis! Itu yang lelaki. Kau bayangkan kalau yang perempuan pulak? :'(
Selalunya, anak - anak buah jelah yang takde perasaan sangat. Yang dia orang excited, nak dapat duit raya.
Lepas salam, lepak kejap. Pekena air gas! Haha. Kita orang tak ada buat makan - makan. Walaupun ada dah lauk raya kat dapur sana ;p
Hanya keluarga Abang Dilah aje tak ada pagi raya sebab anak dia, Dania tak berapa sihat. Tapi tak apa, sebab rumah dia pun dekat. Lepas duduk - duduk, kita orang gerak pergi rumah nenek. Alah, turun bukit sikit dah sampai rumah nenek. Dah tu baru pergi rumah pakcik. Haaa.. kat sanalah baru kita orang makan! Hikhik~
Okeylah, itu jelah yang nak cerita. Tahun ni meriah sikit sebab adik - beradik semua ada. Tahun depan tak tahu lagi. Mungkin ada yang beraya kat kampung mertua ke. Walau jauh mana sekalipun, kita tetap bersaudara. Tak gitu?
Apa - apa pun, selamat hari raya!
p/s - bila kita dah pegang kamera, memang jaranglah muka tuan kamera ada dalam gambar :p
Comments
seronok bila raya semua berkumpul...
bab nangis tak bole nak elak...mohon kemaafan
salam aidilfitri...
riuh rendah jdnya
selamat hari raya.
selamat hari raya.