Rezeki Budak - Budak Sekarang.

assalammualaikum & hi~ 


aku ni lahir area 80an. tak lah tua mana pun kan? haha. tapi aku masih penah jugaklah merasa belanja duit sekolah 30sen ke 50sen. makan kopok tam - tam. makan ais krim pop (yang dikongsi dengan kawan). sempat main polis sentri. tapi zaman abang - abang dengan kakak aku dulu lagi payah dari apa yang aku lalui. kene jalan kaki pegi sekolah. bukan dekat tau. kene ambik air kat sungai. takde elektrik segala. kiranya masa dulu kita orang ni memang hidup susahlah.



sebab tu aku selalu terfikir. kalau budak - budak dulu tak pandai ke apa, memang patut jugak. dulu berapa ramai je yang mampu sambung belajar lepas darjah 6. kat kampung aku ni boleh kira dengan jari je masa area 80an dan 90an tu. tapi bila dah masuk tahun 2000, alhamdulillah. ramai budak kampung aku ni dapat sambung belajar dan boleh dikatakan setiap tahun ada je yang masuk U. 



tapi tu lah kan, rezeki budak - budak sekarang ni tak sama macam dulu. anak buah aku van sekolah ambik depan rumah. duit belanja sekolah tak yah cakaplah. kalau nak bekal, nak sedap - sedap je. main pun takdenya nak main kejar - kejar ke, main galah panjang ke. takde sume tu dah. tapi ko tanyalah menatang game nama 'angry bird'  tu, tau aje dorang ni. macam mudah je life dorang nikan? dah rezeki dorang :') 



DAN..nak dijadikan cerita, anak buah aku dua orang ni dapat tajaan mak bapak dorang untuk ikut aku ke KL malam ni sebelum ke Ipoh esok. baru habis pmr dah dapat holiday cenggini. tapi okay jugaklah kan, sebab aku baru nak masuk rumah sewa kat ipoh tu jadi sekurang - kuranya ada jugak orang tolong aku kemaskan rumah nanti. haha.




aku ni memang setia dengan Airasia (sebab masa ni tiket murah) kehkehkeh.




anak buah aku si suraya ni lambat sangat cakap nak ikut tu yang ambik tiket lain. tapi seronok lak tengok dorang berdua ni excited kemain nak naik 'belon'. first time okay! huhu.





ni lah anak buah aku yang akan stay dengan aku kat sana. maybe sampai hujung bulan 12. suraya dan iena. rezeki dorang kan dapat pergi KL dalam usia macam ni. aku dulu kalau tak dapat masuk uitm, melaka takdenya dapat naik 'belon'. tak dapat nak jalan2 sana sini. tapi dorang senang - senang je parent dorang bagi pakej bercuti kat Semenanjung. rezeki dorang betul lah kan? 



Ya Allah, permudahkan perjalanan kami..amin..



p/s - ehem, apa - apa pun aku harap korang pun doakanlah perjalanan kami ye :')



Comments

:: Mrs.Eady :: said…
dulu nk tgk kapal terbang pun payah...huhu..
NurulAthirah said…
hehe...mmg rezeki....
ejulz said…
ya la ho.. biak knk tok skolh rendah dah pandei main komp.. pegang hpon.. kmk dlok f5 bruk pandei bukak komp.. haHa..

Now Everyone Can Fly.. haha
labulabi said…
pa main di cnun.hehehe.
Namee Roslan said…
tapi sporting gila mak ayahnya bg anak bercuti jauh tp takpelah dgn keluarga gak !! sy pun rse runsing gak duk umah, rse macam nk pergi jalan tp xtau mna.
Selamat bercuti-cuti...safe journey :) Kathy Tuah rupanya nama sebenar awk kan? hehe...
Nieda said…
Dapat kerja kat Semenanjung? Tahniah.
c i k r i f a h said…
kak kathy dah start kje?
whoaa..btw baru tau "belon" tu kpl trbang..hha..
eh,sy tag kak kathy tau..
jawab jgn tk jawab! :))


tag-whoree!
Cho Cho said…
best~mek ikot juak..boleh? hehe :)
PCL said…
zman xde letrik tu pcl masih sempat....huhu mmg payah betul kalu guna pelita masa study...korang bebudk krg ni mmg betuah la...kan!

korang dh slmt tiba agaknya...alhamdulilah.
Kancil 8349 said…
dulu guna lilin atau lampu minyak tanah....sekarang sudah ada elektrik..ndak bermasalah...air dulu air perigi...sekarang air paip...untung generasi zaman sekarang...
hani apandi said…
hahaha.terasa kamek.kmk dah kategori budak2 zaman sekarang weee :P
RinsyaRyc said…
rin suka guna mas sbb mas bagi makan . air asia perghh.. dia jual makanan.. harrharr..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.