klik sekali~

Wednesday, November 9, 2011

Dalam Hidup Biar Ada Perasaan Tapi Jangan Perasan!

assalammualaikum & hi~ 


aku memang bengang dengan orang yang perasan bagus, perasan cantik, perasan kaya, dan semua jenis perasan yang boleh menyakitkan hati. Aku ulang, orang yang perasan yang menyakitkan hati. Kalau takat perasan suam – suam kuku tu takpe jugak. sebab aku pun kadang – kadang perasan jugak. haha.


Tapi ni nak citer pasal orang yang perasan tak hengat dunia! Sume nak A je. heh! 


Perasan Bagus. 

Orang macam ni memang dia rasa dia je betul. Dia je baik. Dia je okay. Kalau orang lain nombor 1 dia nak nombor 0. Nak depan je. Senang citer tak nak kalah punya oranglah. Kalau ye pun ko tu betul, baik, okay dan bla – bla – bla. Tapi tak pelulah nak pukul canang cakap diri tu bagus dan baik segala. Jangan perasanlah wei, sebab ramai lagi yang lebih baik dan lebih bagus dari ko. Faham? 


Perasan Kaya. 

Kalau orang yang dah memang kaya takde masalah dia nak perasan kaya pun. Dah memang dia kaya, kan? Tapi yang tak kaya perasan kaya tu memang rasa nak laga je kepala dia kat dinding. Aku jeles? Kalau setakat dia yang perasan kaya buat apa nak jeles? Sebab kita tau dia memang tak kaya pun tapi berlagak je lebih.


Ada sorang budak ni, kalau ko keluar dengan dia takdenya ko dapat makan kat warung ke, food court ke. Dia akan ajak ko makan kat Kenny Rogers, Pizza dan tempat yang standard je. Kalau dia naik kete lama sikit dia akan merungut cakap naik ‘kete antik’. Korang rasa kete proton saga lama dengan kete kancil tu kete antik ke? Dan dia ni bukanlah background orang kaya pun. Tapi perasan kaya dia mengalahkan orang kaya. Kesian pulak aku tengok orang spesis macam ni. 


Perasan Cantik/Hensem

Kalau kita setakat bergurau puji diri dengan kekawan takpe jugakkan tapi ada manusia yang akan citer memanjang pasal dia je yang cantik. Dia comey. Dia manis. Bila aku tengok dia dan aku admit dia memang cantik. Tapi sayang satu je tak cantik – PERANGAI PERASAN CANTIK dia tu buatkan dia tak cantik. Sebab bila ko dah perasan sangat ko tu cantik, automatic ko akan jadi gedik. Dan ko jugak akan automatic kutuk kecantikan dan penampilan orang lain. Yelah, ko sorang je yang vogue kan? ehem. 


Perasan Alim. 

Penah tak jumpa manusia yang berlagak alim depan korang? Kiranya dia tu ahli masjid. Kononnya. Tapi sebenarnya habuk pun takde. Ni bukan nak cakap orang alim atau ahli masjid tu tak elok, maksud aku ni ditujukan pada orang yang berlagak alim tapi sebenarnya tak alim. Get my point? Sebab kita boleh tau orang yang perasan alim ni macam mane. Kalau sibuk citer pasal solat dia. puasa dia. amal jariah dia. dah tentu dia nak tunjukkan dia tu alim dan baik. Orang yang alim, dia memang citer pasal solat. Tapi sambil dia citer dia akan ajak kita sekali bersolat. Dia ajak kita sekali puasa. aku ni pun tak alim mana. Tapi taklah sampai nak berlagak alim depan orang. Just be yourself.



Kesimpulannya kat sini, DALAM HIDUP BIAR ADA PERASAAN TAPI JANGAN PERASAN! Penuhi diri kita dengan perasaan – perasaan yang baik - baik. Sebab kita hidup dalam dunia ni bukan sorang je. Berlonggok – longgok manusia yang ada. Jadi kalau kita rasa kita paling baik. Ada lagi yang lebih baik dari kita. Ada yang lagi yang lebih cantik dari kita. Tak perlulah nak perasan yang kita je lebih dari segala – gala. Ingat sume yang kita ada ni pinjaman semata – mata. Sekelip mata je Allah boleh ambik. So, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.



 "ladybird lagi lawa" - matluthfi90



p/s – ke aku sorang je perasan ada manusia yang macam ni? hurmm.


picture diambik dari SINI.



 

5 comments:

WuMing said...

WuMing juaga kadang-kadang ada perasan bagus...

Tapi tak bagus pun.... Kena muha "sarawak" diri banyak-banyak nii.....

AYuNG said...

setuju!
bajet jerk..hak3..:)

Kancil 8349 said...

hehehe...itulah kehebatan jatidiri seseorang...kekadang ia menunjukkan mereka pandai mengawal situasi...memang sakit hati tapi tengok dari sudut positif...mereka nie berguna gak untuk kita

ieda said...

setuju sgt2 ... :)

NurulAthirah said...

manusia kan?hehe...nobody perfect...sbb 2 die nk wujudkn 'perfect' 2 dlm diri die...tp kdg2 sume 2 plastik,so 2 yg wt kte mluat dgn certain peoples yg prangai gni...hehe...