klik sekali~

Tuesday, November 8, 2011

Kenapa Perempuan Tak Pandai Masak?

Assalammualaikum & hai~




Sebut pasal pempuan dan masak – memasak ni memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Sejak dulu sampai sekarang point ni masih lagi diperkatakan. Kalau kita tak pandai masak yang hebat – hebat pun takpe, yang penting kita tau basic dengan masak air. Masak nasi. Buat telur mata tapi jangan pulak buat taik mata! Tu memang sampai bila – bila pun takkan reti nak masak. Huhu~



Baiklah, soalan senang je. kenapa pempuan tak pandai masak? Sebab pertama, MALAS. Bagi aku kalau dah pempuan tu, tolonglah jangan malas bab masak ni. bukan suruh korang terus pandai masak siakap tiga rasa, lasagna, rendang, gulai tempoyak daun tapi at least taulah buat telur dadar, tumis sayur dan goreng ikan. Nampak senangkan? Tapi ada yang tak pandai jugak buat benda yang kita rasa simple ni. ehem.



Pempuan tak pandai masak sebab alasan TAK MINAT. Orang kata minatkan boleh dipupuk. Tapi bagi aku minat tak minat kita pempuan ni kene tau masak. At least yang basic. Macam lelaki (Islam) kene tau basic Solat dulu, barulah boleh jadi Imam kan? kalau dah tak pandai solat macam ne nak terus jadi Imam? Eh jap, solat ni kene ada minat ke baru nak solat?. So, macam tu jugak masak. Start dengan pandai buat telur mata. Lepas tu pandai pulak buat sambal telur. Kan best macam tu?



Yang ketiga, kenapa pempuan tak pandai masak sebab MAK TAK BAGI TOLONG MASAK. Aku perasan, benda ni memang terjadi. Ada mak yang tak bagi anak dia turun kat dapur dengan alasan takut anak kacau dorang tengah masak. Kalau masih budak – budak tu aku boleh terimalah kan, tapi kalau dah jadi anak dara tu kenapa tak dibiarkan je dorang bantu sama kat dapur? Ni kadang – kadang buatkan niat anak nak belajar memasak terus terbantut. 



TAK ADA MASA nak belajar masak? Yelahkan, mana nak ada masa masak atau belajar masak kalau dari umo 13 tahun dah duk asrama penuh lepas tu sambung sampai ke U pun still duk hostel. Bila habis study sibuk dengan kerjaya. Hurmm. Tapi tu bukan alasan untuk kita tak tau masak. Cuti buat pe? Tak kan memanjang je ngadap buku, duk hostel sampai nak jenguk dapur pun payah?



Yang terakhir kenapa pempuan tak pandai masak sebab TAKUT TAK SEDAP. Masak ni tak pelu stress segala. Kalau kita tengah masuk contest masak memasak ke takpe jugak nak stress – stress ni tapi kita masak kat rumah je pun jadi enjoy dengan apa yang korang masak. Masakan yang main campak – campak tu sedap jugak tau. Yang penting yakin dengan apa yang kita masak. Mula – mula masak tu memang tak sedap sangat. Siyes. Pernah tak dengar, practice makes perfect? Haa..jadi kene sentiasa practice lah masak.



Kesimpulannya kat sini, sorang pempuan kene pandai masak. Start dengan basic je dulu.  Kalau tak tau belajar. Tanya mak. Tanya kakak. Kalau malu nak tanya dorang, pi klik Google je, berlambak resepi ada. takde internet? Buku resepi berlambak. Siaran masakan kat tv pun ada.



Dan untuk pengetahuan korang, aku sendiri dah lalui semua stage kat atas tu. kehkehkeh. dulu aku memang MALAS nak masak sebab aku TAK MINAT nak siang ikanlah, nak tumbuk sambal segala. Mak aku memang tak kisah sangat pun aku masuk ke dapur ke tak sebab kakak dan kakak ipar aku dah ada. aku memang TAK ADA MASA nak masak dulu, sebab aku ni terlentang je tengok tv. Heh! Last sekali, memang aku takut apa yang aku masak tu TAK SEDAP. Sebab dulu bapak aku cerewet sikit bab makan. hurmm.



Tapi sekarang alhamdulillah. Aku bolehlah masak sikit – sikit yang basic. Kalau ko suruh aku buat kek lapis Sarawak ke, nasi briyani kambing ke atau lamb chop sume tu memang aku angkat kain putih lah ye sebab aku belum sampai ke tahap tu T_T Cuma kesedaran ni muncul bila aku teringin mak bapak aku rasa air tangan anak dorang yang tak seberapa ni. siyes, aku dulu nak pandai masak bukan sebab nak kawen ke apa, tapi untuk mak bapak aku je. tapi bila dah tau sikit – sikit macam sekarang ni, takdelah risau sangat kalau nak kawen sekali pun kan? ahaks!



p/s – maaf entri panjang berjela dan maaf kalau ada salah ke apa sebab ni pendapat aku melalui pengalaman aku sendiri (^_^)V




18 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

SAYE KATEGORI MALAS KOT..HAHAHAHAHAHA..KDG2 NAK MASAK TP KENE IKUT MOOD..BOLEH KE CMTU??KUIKUIKUI..

NAK KAWEN NI MMG KENE RAJIN2 MASUK DAPUR LA.. ;P

mizzkechique said...

pempuan, walau apa pun, kn pandai msk even basic2 je..

Fazlinil Irma said...

syukur mak akak masa kecik paksa tolong dia kat dapur.

skrg x pernah pun dia paksa akak masak. hihii. sbb anak dia dah boleh masak. ;)

EYFAalias said...

betul tu, kalau dah namanya perempuan memang kena pandai masak. yang basic pun jadi lah kan. tak suruh pun masak pro mcm chef2 tu. ehehe

Namee Roslan said...

kathy, semua sbb dia atas tu smua ada pada saya. saya umur 23 tahun tp sy buat air teh pun taktau. serious sy kekok gila. malu gila. :D hehe. tp skang sejak tgk masterchef, jd terminat sikit :D

Eza Boom Boom :) said...

kmk belajar masak dari nenek mek..heee, sebab mak kmk garang siket..Asal salah siket aluu mohaa...P, kmk x la pandai gilakk..tapi lepas laaa dari golongan yang x tauk lansung..hehe..

labulabi said...

org pompuan memang wajib pande masak.lagipun kinek tok melobo buku resepi di pasar.yang penting mok blaja dan mencoba.kmk tok apakan daya.dari abis skolah sik renah di rumah, jadi yalah nyuruh pande masak.hahaha.mok mkn pansuh manok,sup power,daging goreng leyak. ketam masak telo,tempoyak goreng petai, udang goreng butter,mee goreng ala2 kampongku yang terchenta.wakakaka.kueh jak sik pande.p semua di atas ya ngekot resepi kmk la.berkat belaja dan mencoba lah ya tek. :)

Nieda said...

Ahaks . sedia masuk pasaran hihi...jgn mare akak gurau2 je.

♛ Dea Arematt ♛ said...

hehe..agakla... mls skit nk masak..;p

cik nana said...

yes betul tu. klu cik nana ni pulak spesis tekak cerewet so ibu pesan " nak cerewet boleh, tapi kena pandai masak ". jgn crewet tu x sedap, ni x sedap tapi suruh masak, nan hadoo. haha

sab solhi said...

kmk kategri malas n takut x nyaman.... mun msk k dikpun xpa, nyaman kah x, ttp kita mkn... hahaha

bobiedanbad said...

as salam kathy
masa bujang mmg tak reti masak
tp bila dah kawin beljar lah ckit2 hihihi

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Tak nak isteri yg tak pandai masak lah..tak kan sy pulak jadi tukang masak? lol :P

Pandai masak kan best :)

ejulz said...

nak carik bini pandei masak mcm chef wan.. haHa

ieda said...

ahahah malas tuu sape2 pun ada .. bukan kpd org perempuan je .. kalau yg rajin tuu ada je dari lelaki yg siap jadi chef lagii kan :)

Pendamba Mawar said...

xkisah pun law xpandai masak..:) lama2 blajar pandai jugak kan

QueeN TerataI said...

salam kenal... dan follow u... dulu masa blm kahwin mmg x suka memasak... tp skrg bila dah berumahtangga seronok pula memasak utk suami dan anak... :) yg penting diri sendiri.. antara mahu dan x mahu ajer...

AYuNG said...

mungkin jenis pompuan yg dah biasa hidup sennag lenang kot, sbb tuh x pandai masak.:)