klik sekali~

Monday, October 24, 2011

Babysitter.

assalammualaikum & hi~



dania nur alesha.

Korang penah jaga anak orang tak? Tak pun jaga anak buah korang sendiri. Penah tak? Aku sejak lepas SPM dah ada pengelaman jaga anak buah. Sebab tu aku takde pengalaman kerja kat tempat lain. Sibuk jaga anak buah je. Haha. Tapi aku dibantu oleh mak aku lah ye :)


Masa aku SPM aku jaga anak kakak aku, Muhd. Hazrie Firdaus. Lepas habis STPM aku jaga lak anak kedua kakak aku, Muhd. Fiqrie Firdaus. Habis je kat UiTM, masa nak tunggu konvo aku jaga lak anak abang keempat aku Dania Nur Alesha. Dan sekarang aku tolong tengok – tengok pulak anak abang ketiga aku, Mohd. Iqmal dengan Mohd. Iqram.




mohd.iqram


Ni bukan takat tengok – tengok kan cenggitu je tau. Tapi siap mandikan, bagi makan, bagi susu, basuh kencing berak. Kiranya agak complete jugaklah. Saing – saing seorang ibu menjaga anaknya. Ayat ni nak bagi tau, dia dah layak jadi ibu. Kehkehkeh.



Tapi sebenarnya bukan mudah nak jaga anak orang ni waima itu anak buah sendiri. Sebab tahap kesabaran kau akan teruji. Lagi – lagi kalau part dorang tak dengar cakap tu. Rasa ringan je tangan nak pukul. Tapi bila dikenang balik, mak dengan bapak tak pernah pukul aku jadi terpaksa aku lepaskan dengan lecture yang panjang berjela. Tensionlah bakal suami aku dan anak aku nanti T_T




mohd. iqmal , muhd. fiqrie firdaus & muhd. hazrie firdaus.


Ada orang fikir setakat jaga budak kat rumah apa ada hal. Bagi makan, bagi susu. Dah! Kalaulah semudah itu alangkah indahnya dunia kan? Cuba tanya yang jadi housewife sepenuh masa tu apa perasaan dorang kalau duk rumah layan anak – anak. Kalau setakat sorang tu maybe boleh cool lagi kan? Tapi kalau dah rumah macam nursery? Mesti ada juga hari – hari tertentu suara dorang sampai ke langit.



Tapi kan, bila aku dah biasa jaga anak buah. Biasa main dengan dorang, aku tetiba timbul rasa seronok pulak. Seronok duk rumah jaga budak – budak. Haha. Lagipun aku kan bongsu. Takde istilah jaga adik. Hehe. Cuma aku terfikir, anak aku nanti dapat tak aku jaga macam mana aku jaga anak – anak buah aku tu. Hurm.


 
Korang pulak penah jadi babysitter tak?

18 comments:

Namee Roslan said...

kathy hey...cantiknya budak prmpuan gambar first tu :) geram nk cubit2.hehe. em seronokjge budak kecik tp kalau time dia bad mood..taktaulah nk kata apa.nk sepak anak org plak..haha :)

Fazlinil Irma said...

akak tolong mak jaga anak org sejak umur 9 thn sampai skrg.

td pun ada 2 org budak baru mak akak jaga.

beza anak dulu dgn skrg. anak dulu main je apa yg ada. anak skrg siap bawak psp dtg rumah. hebakk.!

iLa suHaiLa said...

penah2..skunk pun da jadik babysitter..hehe..da ase jadik mak da..hee

safwanmahzin said...

wah bagusnyaaaa..hehehe leh jadi menantu pilihan

Kathy Tuah said...

@Namee Roslan dia tu mmg cute, sy pun geram..tp betul namee, kalau dorang bad mood mmg rasa nak lempang je..adoi!

Kathy Tuah said...

@Fazlinil Irma kan??? bdk2 skrg bkn main hebat kan kak? kita pulak kdg2 mcm terbelakang dgn dorang T_T

Kathy Tuah said...

@iLa suHaiLa rasa jadi mak je kan bila dh jadi babysitter ni ^^

Kathy Tuah said...

@safwanmahzin ehem - ehem..mmg pun *blushing*..tetiba je..hahaha..

EYFAalias said...

hamboi. ini lah ciri2 menantu pilihan semua ibu2. ehehehee.

Kathy Tuah said...

@EYFAalias tau xpe..hehe

Eza Boom Boom :) said...

penah-penah..hehe, tapi kmk x pandey gilak jaga biak kecik..kmk pun bongsu juak..hehe..p, kmk ada tlg jaga anak cekgu mek, dua hari jak kmk mampu..haha...

Kathy Tuah said...

@Eza Boom Boom :) dah nama anak bongsu owh, tang susah jak kita nak jaga nembiak..hehe

Cik Yatt said...

dulu sllau la jaga ank2 buah..skrg tak da..hee

Elih Japahar said...

Mestilah dapat jaga...ni baru anak buah, kalau anak sendiri lagi lah dapat :)

ish! tak pernah jadi babysitter ni...baby kecil takut nak pegang, takut terlepas dr tangan huhu...

Kathy Tuah said...

@Cik Yatt ada pengelaman jugak lah ni??hihi

Kathy Tuah said...

@Elih Japahar haha..hrp2 mcm tu la ye..tp awk kena belajar jugak jaga baby tau..nnti ada anak sendiri senang ckit ;p

labulabi said...

sik pernah jaga anak org.p bila jaga anak sendirik bok tauk camne rasa org tua membesar kita dolok.wakaka.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

gegirl gambar 1st tue comel sangat