klik sekali~

Thursday, October 13, 2011

Hujan Dulu Hujan Sekarang.


assalammualaikum & hi~ 



memori daun pisang nih..eh,ni bukan pokok pisang (-.-)


*sebelum tu meh kita nyanyi lagu bawah ni.. Let’s start!


Tip tap tip tap,
Hujan dah turun.
Tip tap tip tap,
Hujan dah turun.
Tip tap tip tap,
Baju dah basah.
Mari kita ambil payung..


Tak tau lagu ni? Ni lagu masa aku darjah satu ni. Ke korang tau lagu bawah ni je?


Rain rain go away,
Come again another day,
Kathy wants to play,
Rain  rain go away..


 *tak suka lagu ni sebab dia suh hujan lari pi tempat lain. sedangkan masa kecik aku mintak hujan turun -.-'


Tapi tak kisahlah lagu melayu ke lagu omputih ke. Tapi dua – dua lagu ni berkaitan dengan HUJAN. Bukan band Hujan tu ye.


Dulu kan masa aku kecik – kecik aku memang menantikan hujan turun. Nampak je mendung berarak kelabu, dalam hati aku dah berdoa dah semoga hujan turun dengan lebat. Tapi tak mo ada guruh atau kilat sebab tu akan membuatkan aku takut nak mandi air hujan T_T


Tapi siyes, masa aku kecik – kecik dulu mandi berjam dalam hujan still steady lagi. Takde demamnya. Abang aku pun macam tu. sebab tu mak tak kisah kut kita orang mandi hujan.


sekarang ni hujan macam lain semacam je. Siap dengan angin kuat. Kilat tak yah cakaplah kan. mungkin perubahan cuaca dunia kut. aku pun sekarang ni kalau kena hujan sikit pun leh pening kepala. Apatah lagi kalau mandi hujan macam kecik – kecik dulu, mahunya seminggu demam.


Aku pun perhatikan, anak buah aku pun mudah jugak demam kalau main hujan. Sebab tu kita orang tak suruh dorang main hujan dah. Mungkin hujan dulu masih ‘fresh’ berbanding hujan sekarang yang dah macam – macam bahan tercampur dalam air hujan tu. kat kampung aku ni je ada 3 buah kilang. Bayangkan. Huh!


Apa – apa pun syukur sangat sebab masa kecik dulu sempat ‘bermesra’ dengan hujan. Sekarang ni nak ‘bermesra’ dengan hujan pun kene fikir 8888888 kali.. okaylah, bye~!


p/s – korang suka tak main hujan?


sumber gambar google ^^

7 comments:

Namee Roslan said...

hujan dulu tak berasid. hujan skang kena tangan kita sikit pun kita boleh demam. eh kathy, kenapa awak tak boleh add fb saya ? button add tu takde ye ?

saya cello191 said...

suka main hujan..best~~

sekarang jd takut plak kalau hujan..guruh kuat sesgt~~

Cik Rose Cute said...

kecik2 dulu suka main hujan...sekarang nie..tak boleh kena hujan sikit mesti demam....

[sutera kasih] said...

rindu ooooo main hujan, tp dh besar camtok, heran jak org ngga kelak hehe

sik penah kmk dgr lagu ya..kmk salu nyanyi lagu row row row your boat, gently down the stream hihi

Cik Yatt said...

tahu takpe..dulu msa kecik2 suke gile mndi hujan..tpi skrg..rsau je bile kene hujan..hurmm..bumi kite dah tak bersih

budak.mata.empat said...

betoi2.. dulu time tecik2 suka mandi ujan ..pashtuu kena marah di mami.. semua u kenangan zaman kecik2 dulu..ohhh, conoknya bila ingat balik... ^^

hamzah ian said...

haha.. lagu dulu2.. aku nyanyi gak