Puding Karamel.

assalammualaikum & hi~ 


lama dah tak up gambar makanan jadi malam ni nak up pasal puding karamel. second time buat ni. masa 1st time buat dulu kat SINI. aku suka makan puding ni bila dah dua tiga hari dalam peti sejuk..rasa dia sukar untuk digambarkan bila puding yang sejuk - sejuk tu berenang - renang ke anak tekak sebelum terjun ke dasar perut. hiperbola sungguh kan?




tapi mak aku siap bagi sindiran sinis lagi bila aku bawak laptop kat dapur tuk tengok resepi. kata - kata beliau seperti ini : 


"dah buat kali kedua pun masih tengok resepi? cubalah belajar mengingat kalau kali pertama buat tu. tak kan kat umah mak mertua nanti duk bukak laptop ni jugak." 


aku hanya tersengih sebab malas nak jawab apa - apa pun. sebab kalau nak buat makanan cenggini mesti kene tengok resepi. kalau dah buat 43633845 kali baru aku boleh ingat kut. huhu.


sesapa nak try buat klik je SINI. aku malas lah nak letak resepi . lagipun ni aku ikut resepi orang jugak. tapi serius sedap! senang pun senang. okaylah, bye~


p/s - aku ni suka buat tapi tak suka sangat makan -.-'

Comments

ciksufi said…
sedapnyer..jadi elok je yer
Kancil 8349 said…
wah sedapnya....nak rasa nie
lamanya fyezah tak makan puding :3 . nak buat jugak lah nanti :) . heee
c i k r i f a h said…
lamanya tak singgah sini..
singgah pulak hari ni tengok puding karamel.
terliur lah pulak :/

*aiyaya..bonus utk mak mentua akak nnt sbb menantu suka masak :)
hmmm.. nyaman nye... mok juak? :")
Fizalinolie said…
Puding karamel nang nyaman. Lebih2 agik mun nya sejuk2. Huhhh!! terliur kmk haihhh. Hehehe.
Elih Japahar said…
Pergghhh! nampak menyelerakan lah :) glurpp
Pendamba Mawar said…
awak buatkan untuk pendamba boleh tak?hehe
[sutera kasih] said…
hihi..aaahh kan, smpey bila nk bukak lappy time masak..samala kita :p
Ezad Skytech said…
hee..tetiba teringin pulak nak makan puding karamel ni...memang sedap kan puding ni..lagi2 kalau buat sendiri..:D
Namee Roslan said…
kathy, ini sgt sedap!!! :D

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.