Tentang NAMA.


assalammualaikum & hi~

Tiga hari tak updated blog. Alasan? Tak ada alasan apa. Cuma nak rehatkan mata yang dah mula tunjuk protest dengan buat kelopak mata sedikit pedih T_T

Okay, entri permulaan di bulan oktober ni berkaitan dengan NAMA atau NAME. NAME okay, bukan NAMEE. hehe *peace namee (^^,)V


Nama aku simple je. KATHY BINTI TUAH. Yeah, aku tau ramai yang akan dan pernah cakap macam ni :
“Takkanlah Kathy je kut? Tipulah!”
“Nama penuh mesti KATIJAH ni. Tak pun KHADIJAH.”
“Eleh, saja nak pakai nama glamer la tu?”
“Nama kampung dia TIJAH, bila masuk bandar jadi KATHY. Huh!”

Aku jugak tahu nama aku tak ada maksud. Kalau nama Khadijah sweet jugak kan? Tapi nak buat macam mana dah family aku letak nama aku cenggitu. Penah jugak aku dengar citer mak aku yang pak su aku dulu minat giler dengan satu drama dulu – dulu. Tajuk drama tu OPAH. Ada pempuan berlakon dalam citer tu pegang watak bernama Kathy. Jadi lahir – lahir je aku, terus bubuh nama Kathy. Nasib dia tak letak nama aku Opah. Heh!

Kadang – kadang nama pendek dan simple ni ada best nya jugak. Sebab senang orang nak ingat. Lagi – lagi bapak aku nama Tuah. Jadi kena bena lah kan KT stand for KATHY TUAH. Satu kombinasi yang cukup menarik, tahu ^^

Tapi yang tak best nya masa study dulu. Cikgu or lecturer suka sangat tanya soalan dekat aku sebab nama aku paling senang diingat. Kalau aku ni jenis yang genius tahap gaban boleh lah aku berlagak jawap dengan betul. Tapi kadang – kadang soalan pun tak faham, macam mana nak jawabnye? Hampeh!

Walau apa – apa pun, aku bangga dengan nama aku. Tak kisahlah tak ada maksud ke apa. Ada yang lagi teruk nama kemain Islamik lagi tapi tukar nama glamer yang ntah apa – apa. Bersyukurlah dengan nama kau orang tu.


 "name saye MOHD. IQMAL. cimple kan??"


p/s – kebanyakkan nama budak sekarang boleh terkehel lidah nak menyebutnya. Panjang macam keretapi. Ada yang nama panjang tapi tak ada maksud jugak.

Comments

mizzkechique said…
sm la..nama MK pun xde mkna.. dan dl lect atau cikgu suke tnye MK.. nsb kite sama la.. hahaha
nama mmbr saya khatijah ibrahim... lag superpower..... hehehe....dak sarawak gap....
Qhaifa Nur said…
simplenya nama...sedap

nak letak nama anak2 mesti tau makna..utk kesejanteraan mrk jua..
NHY said…
nama saya nabila huda. boleh panggil nabila ataupun huda. atau nak panggil penuh pun boleh..hehe

p/s: eh.. nama awak sangat unik tau. kalau buat novel, mesti orang senang ingat. boleh fofular niii
Pendamba Mawar said…
nama betul sy MOHD FAIZAL

hehe
Nieda said…
Nama betul ye? Ingat ke nama singkatan dari Katijah .
Nieda said…
Nama pendek senang nak isi borang.
Finaz Jaafar said…
nama kite pun xda mksd..siti shahfnaz..tapi nak wat cmne..da dberi nme cmtu kan
Kancil 8349 said…
Kancil tahu drama Opah tu...memang ada watak Kahty...wah rupanya dari nama watak eya,,,
Lee-Yan-Naa said…
seronok nama pendek sebab orang akan panggil penuh nama kita..kalau macam saya,bila orang panggil nama penuh terus teruja lebih nak cakap dengan orang tu hehehe
eim huzaimah said…
luv to hear your name KHATY..sweet..
Amy Syaquena said…
Betul tu nama budak2 sekarang memang payah nak sebut , lihat nama amy cukup hahahaha...itu bukan nama sebenar hehe...
ieda said…
nama itu mencerminkan keperibadian seseorang .. insyaallah baik lah tu :)
Namee Roslan said…
eh kathy, saya pun ingat nama awak khadijah or else.hehe sbb kathy tu salu nama yg telah dipendekkan. :D nama saya nameerah. hehe
Ezad Skytech said…
nama betul rupanya...engatkan nama singkatan..hee.:D

betul2...nama2 budak2 sekarang ada jugak yg susah nak menyebutnya..:)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.