Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Pulang.

assalammualaikum & hi~

Malam ni ada penerbangan jemaah haji Malaysia kan? dalam pukul 1pagi kalau tak silap. Tapi aku tak tau lah sama ada itu penerbangan pertama ke apa. aku up entri ni pun sebab ada dua orang MAK yang aku kenal akan mengerjakan haji tahun ni. Alhamdulillah.

MAK yang pertama merupakan mak ‘dia’. ehem. Flight mak ‘dia’ pagi ni. Sume adik beradik ‘dia’, termasuk ‘dia’ dah kumpul kat kl. Hantar kat area kelana jaya je lepas tu mak ‘dia’ akan naek bas untuk ke KLIA. Itu yang aku tau dari ‘dia’ la. Lagipun aku kan kat Kuching :’) tadi sempat jugak lah aku titipkan salam.


  
kool kan mak 'dia'? tapi syg mak 'dia' konvo awal sikit je dari aku. beliau istiadat ke 70, aku ke 71. kalau sama kan best. leh ambik gambar sama2. mesti sweet. tetibe.
MAK yang kedua pulak merangkat mak kepada kawan baik aku, Shila. Flight mak Shila lak 9 haribulan ni. Malam ke siang aku pun tak tau lagi. Tapi macam mak ‘dia’ jugak, aku tetap titipkan salam buat mak Shila. Nasib baik raya hari tu ada jumpa.  
 

masa raya ari tu. mak shila pun kool ^^

MAK aku? mak aku belum lagi. Maybe next time turn mak aku pulak. amin. Doa – doakan ye. Pada mak-mak, bapak – bapak, atok – atok , nenek – nenek dan sape jelah yang menunaikan haji tahun ni semoga dipermudahkan semuanya. amin.


mak & bapak aku kool + romantik. jangan x tau sekarang ni beliau berdua tengok tv sambil pegang tangan. sweet x sweet diaorang (^_~)V

p/s - Kami di sini mendoakan semoga SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG.

Comments

Elih Japahar said…
Wahhh! sweetnya mak bapak awak...:)
ejulz said…
smoga cdaknya pegi dgn selamat n pulang dgn selamat.. amin..
[sutera kasih] said…
semoga selamat pergi & kembali semuanya :)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.