KFC Tom Yam Crunch VS KFC Hot & Spicy.

assalammualaikum & hi~ 


hujung minggu macam ni mesti ramai yang berpeleseran dengan kekawan kan? aku tak terkecuali lagipun lama dah tak jumpa kawan baik aku emi & shila. dan tempat yang paling dekat dengan rumah kita orang adalah kfc. jadi lepak sana je. ambik dekat. 



TAPI..kami semua macam dah salah buat perhitungan pulak hari ni bila kfc dah launch kfc tom yam crunch. OH NO~! jadi dengan keterpaksaan kami order jelah. ambik snack plate + CHEEZY WEDGES.



gambar dari SINI.


dan seperti tahun sebelum ni, rasa tom yam crunch ni masih tak dapat tandingi hot & spicy. entahlah, mungkin lidah aku yang bermasalah kut. kalau lidah aku bermasalah pasti lidah emi, shila dan adik emi pun bermasalah. sebab kami semua komplen yang tom yam crunch ni tak sedap T_T nasib baik chezzy wedges dia tak buat perisa tom yam kan? kalau tak, mahu jugak aku mogok tak pi kfc lagi dah. aku suka sangat chezzy wedges kfc ni ^^



~emi, adik emi & shila~


tapi walaupun tak sedap, habis jugak wey. hahaha.yelah, tak elok membazir. membazirkan amalan syaitan. *ayat bajet bagus* cuma kalau ada sape - sape nak belanja makan kfc aku tak tolak punya. rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. tak gitu? okay. bye~



p/s - masih terasa rempah tom yam dalam mulut ni. haish.

Comments

mumui said…
nang xsedap ayam tomyam ya... rasa tomyam pun sikit ja.... hihihi
Elih Japahar said…
Hujan lebat lah kat tempat sy ni (matang jaya), nak kuar pun rasa malas pulak...nak jugak try tom yam tu...hehe, malam nanti boleh kot..
Namee Roslan said…
macam2 perisa baru kfc buat ! :D gila creative. hehe. mungkin nk kena compete dgn mcd kot. tp compared to kfc n mcd...kfc lg berkhasiat..
Pendamba Mawar said…
ayoyoyoyo lama sudah tak jenguk KFC..hahaha
[sutera kasih] said…
xpernah try lg kepci baru ni..nmpk sedapla..hehe
ejulz said…
lamak x mkn kepsi.. haHa.. manok nya dah rasa lain dah..
ieda said…
hermm kena cuba nie
akak pun dah lama x makan :)
pena rozie said…
x sedap ek. X mau cuba la....
mizzkechique said…
tak sedap..tipu.. xsama mcm dlm gmbr.. haha
Sabihah said…
Tak suke jugak tomyam ni..masammm...haishh

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.