klik sekali~

Thursday, October 27, 2011

Berkahwin Sebab Ingin...

assalammualaikum & hi~ 



 
jom kawen LARI SETEMPAT ^^



di suatu petang yang agak hening, aku dok sibuk bersilat kat dapur. Tung-tang-tung-tang. sambil tumbuk sambal belacan secara berhemah supaya takde jiran tetangga tension bunyi lesung batu, aku tiba – tiba diaju oleh satu soalan. Bunyi macam mudah tapi nak jawab pelu memerah segala urat sendi sebab aku rasa lebih senang aku jawab paper global marketing suatu ketika dulu. Soalannya berbunyi begini – 


“kak, kenapa akak tak kawen lagi?”


Erk..soalan jenis apakah ini? KBKK? Tanpa salam tanpa intro aku ditanya soalan seumpama itu. Namun sebagai bekas pelajar yang selalu ‘menggoreng’ jawapan masa final exam so aku dengan muka confident menjawab,


“belum sampai seru lagi.” Standard tak standard jawapan aku? aku kira nak jawab ‘no komen’ tapi dah bajet macam artis la pulak. haha.


Tapi aku pun usha dia. Saja nak tau hantu bunting mana yang bisik kat telinga dia sampai suh tanye soalan macam tu kat aku.


“kenapa tetiba je tanye?” 


“tak la, akak kan dah lama bercinta. Study pun dah habis. Umo pun dah 25. Akak pun dah puas bejalan sana – sini. So, apa yang akak tunggu lagi?”


“kenapa, kamu dah tak sabar ke nak kawen ke?” aku pulak bertanya. Sekadar mengusik. Dia dah mula senyum semacam. Senyuman yang aku sendiri tak faham maksudnya.


“saya ingat pas study ni nak kawen je kak, bila dah kawen barulah ‘bebas’ sikit.”
“Err..”  


Aku geleng – geleng kepala. Tak habis SPM dah nak kawen? tapi tak salah jugakkan kalau dia nak kawin sekali pun. Cuma aku nak tau apa maksud ‘bebas’ yang dikatakannya itu. 


Risik punya risik, usha punya usha. Akhirnya aku tahu kenapa dia cakap dah kawen barulah bebas. Rupa – rupanya dia ada tekanan perasaan. Terkongkong atau lebih tepat dikongkong. so, bagi dia bila dah kawen dia bebas dari kongkongan keluarga. Senang nak kemana – mana. Tambahan dia dah bersuami pasti dia sudah menjadi tanggungan laki dia kan? tapi tak semestinya dengan berkahwin! Oh! No~


Kesian pulak aku dengar luahan rasa dia. Sebab terlalu rasa dikongkong dia nak ambik jalan mudah dengan berkawen. Eh, dik! Berkawen pun bukan noktah berakhirnya masalah kamu, tahu!


Memang aku akui ramai yang kawen muda steady je sampai sekarang, tapi tak ingin ke nak study sampai masuk U. tak dapat pi oversea, over the sea pun jadila *macam aku.sobs* tak pun masuk u yang ada kat Sarawak ni. Tapi tu yang masih minat nak study lah kan? kalau dia dah memang tak minat nak buat macam mana. Hurmm. 


Korang rasa apa patut aku cakap kat budak ni? Ke aku suruh dia kawen je? Huhu. 


 p/s – sumber gambar dari SINI.

12 comments:

Namee Roslan said...

suruh adik belajar rajin2 pastu masuk U n time tu kita rasa bebas sikit.cuma kena ingat batas juga. hehe . :) kahwin ni tggjwb besar , lg tak bebas :)

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Adesss! dah ada calon yg bagus kah tu?..kalau dah ready, biar je lah kahwin hahaha

Kathy Tuah said...

@Namee Roslan kan namee??? yg penting study dulu..hihi

Kathy Tuah said...

@Dunia Realiti a.k.a Elih dah ada lah kut..haha

Cik Yatt said...

nsihat dulu..bdak muda..akal pndek..nk seng..ececeh..ckp mcm dri da tua je..hehe

Kathy Tuah said...

@Cik Yatt hehe..xpe, kita berhak bagi nasihat ^^

El-Janna said...

huhuk.. nak kawen cepat sgt tu.. no komen la. sbb xkawen muda lagi.haha

Pendamba Mawar said...

study2.///

Eza Boom Boom :) said...

Dulu Eza pun fikir macam tu..Heee, sekarang dah insaf daahh. study perlu diutamakan :D

Btw, Eza ada tag ktk. Mun ktk mok join, boleh baca entry tok...

http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/2011/10/eza-ditagged-oleh-5-bloggers-55.html

iKhRam said...

ada jugak orang yg berfikiran mcm tu kan, kak khaty..??

kalau pada saya la, kalau dah bekahwin, bukan ke semakin terikat?? kalau orang perempuan lagi la..

kalau dah kawen, semua perkara kene fikir. Apa2 nak buat mesti fikirkan rumah tangga dulu. kalau single senang.. fikirkan diri sendiri jer.


tp biasalah. itu pendapat budak2 sekolah. kita dulu pun cam tu jugak. terkongkong.

apapun
salam perkenalan. ikhram.

Sabihah said...

Kawen bukan pkara main2...insyAllah untuk smpai hujung nyawa...^^ besar tggungjwb dan besar juga keputusan tu...huhuhu

armouris said...

info tentang kahwin di SIHAT SELALU - Permata Yang Hilang - Panduan Seks Melayu Islam