Babysitter.
assalammualaikum & hi~
dania nur alesha.
Korang penah jaga anak orang tak? Tak pun jaga anak buah korang sendiri. Penah tak? Aku sejak lepas SPM dah ada pengelaman jaga anak buah. Sebab tu aku takde pengalaman kerja kat tempat lain. Sibuk jaga anak buah je. Haha. Tapi aku dibantu oleh mak aku lah ye :)
Masa aku SPM aku jaga anak kakak aku, Muhd. Hazrie Firdaus. Lepas habis STPM aku jaga lak anak kedua kakak aku, Muhd. Fiqrie Firdaus. Habis je kat UiTM, masa nak tunggu konvo aku jaga lak anak abang keempat aku Dania Nur Alesha. Dan sekarang aku tolong tengok – tengok pulak anak abang ketiga aku, Mohd. Iqmal dengan Mohd. Iqram.
mohd.iqram
Ni bukan takat tengok – tengok kan cenggitu je tau. Tapi siap mandikan, bagi makan, bagi susu, basuh kencing berak. Kiranya agak complete jugaklah. Saing – saing seorang ibu menjaga anaknya. Ayat ni nak bagi tau, dia dah layak jadi ibu. Kehkehkeh.
Tapi sebenarnya bukan mudah nak jaga anak orang ni waima itu anak buah sendiri. Sebab tahap kesabaran kau akan teruji. Lagi – lagi kalau part dorang tak dengar cakap tu. Rasa ringan je tangan nak pukul. Tapi bila dikenang balik, mak dengan bapak tak pernah pukul aku jadi terpaksa aku lepaskan dengan lecture yang panjang berjela. Tensionlah bakal suami aku dan anak aku nanti T_T
mohd. iqmal , muhd. fiqrie firdaus & muhd. hazrie firdaus.
Ada orang fikir setakat jaga budak kat rumah apa ada hal. Bagi makan, bagi susu. Dah! Kalaulah semudah itu alangkah indahnya dunia kan? Cuba tanya yang jadi housewife sepenuh masa tu apa perasaan dorang kalau duk rumah layan anak – anak. Kalau setakat sorang tu maybe boleh cool lagi kan? Tapi kalau dah rumah macam nursery? Mesti ada juga hari – hari tertentu suara dorang sampai ke langit.
Tapi kan, bila aku dah biasa jaga anak buah. Biasa main dengan dorang, aku tetiba timbul rasa seronok pulak. Seronok duk rumah jaga budak – budak. Haha. Lagipun aku kan bongsu. Takde istilah jaga adik. Hehe. Cuma aku terfikir, anak aku nanti dapat tak aku jaga macam mana aku jaga anak – anak buah aku tu. Hurm.
Korang pulak penah jadi babysitter tak?
Comments
td pun ada 2 org budak baru mak akak jaga.
beza anak dulu dgn skrg. anak dulu main je apa yg ada. anak skrg siap bawak psp dtg rumah. hebakk.!
ish! tak pernah jadi babysitter ni...baby kecil takut nak pegang, takut terlepas dr tangan huhu...