klik sekali~

Tuesday, March 13, 2012

Jatuh Cinta Dengan Buah Kundang...

assalammualaikum..

syyuhh..syyuhh..*buang sawang kat blog macam nak halau ayam je -.-' 

okay, sebenarnya aku nak citer pasal buah kundang..so far kat sarawak aku tak penah jumpa lagi..aku mula kenal dengan buah ni pun time aku study kat uitm melaka dulu..itu pun ada orang yang baik hati bagi aku buah ni..



inilah buah kundang, buah cinta rasa hati saye (^_~)V


bila aku dah tahu buah kundang ni sedap, lagi - lagi kalau buat cicah dengan sambal kicap maka dengan rasminya aku katakan yang aku dah jatuh cinta dengan buah ni..*statement melampau..


tapi siyes, buah kundang ni memang sedap. rasanya ada masam-manis, ada masam-masam dan ada yang manis-manis.. kalau nak makan tak yah nak buang kulit dia, sebab kulit dia boleh dimakan..tapi sebelum makan tu cuci dulu ye..sebab getah buah ni boleh tahan banyaknya..


aku tak tahulah kat tempat korang dah ada ke belum musim buah kundang ni tapi kat perak ni memang dah banyak orang jual..hari tu beli kat tesco rm7 sekilo tapi malam tadi beli kat pasar malam rm12 sekilo sebab yang kat tesco tu kecik je buahnya.. mak aku pun dah siap suruh pos kat sana sebab dia pun suka makan, cuma mak nak yang manis-manis..tak nak masam-masam..hehe..


so, korang penah tak makan buah ni? selain boleh buat ulam dengan sambal kicap boleh buat apa lagi erk? jeruk maybe?


p/s - dan sekarang aku lebih suka makan buah kundang daripada makan buah mangga ^^


7 comments:

nur anis said...

saya pun favourite sangat buah ni..sekarang ni tengah musim kot..banyak jumpa..tapi saya beli rm 5 atau rm 6 ke sekilo..

Meet Uncle Haire said...

waaa...first time dgr nama buah kundang..

echa takashimaya said...

sedap sedap sedap :)

Namee Roslan said...

alaa tak pernah makan tp bentuk dia macam kiwi je..dalam dia.cuma kaler oren. hehe.nnti nk pergi cari ! :) hehe

Elih Japahar said...

Nak try jugak..nak sebiji boleh kah Kathy? hantar d kuching..

saya cello191 said...

kat sana xde ea buah nie..

xpe2, nanti buat ladang buah kundang..

^^

labulabi said...

antar ctok cgek.kmk mok juak rasa buah ya.hehe